Monday, September 1, 2008

Aku, Setahun dan Ramadhan

Bulan lalu genap aku setahun di bumi Cik Siti Wan Kembang..aku sendiri dalam keterpaksaan untuk menerima kerja di sini, dah setahun aku di sini..dan sekali lagi aku bertemu Ramadhan di sini..aku mula terkenang, apa juadah pilihan untuk berbuka puasa..

Tengok bazar Ramadhan di sini..agak berbeza dengan tempat aku di sekitar Lembah Klang..aku sendiri pun tak tahu kenapa..tapi kawan aku, Azran Fitri Abdul Rahim ada kata..yang ada di sini, hanya makanan tradisi orang sini..di tempat lain (negeri lain), pelbagai juadah tradisi dari Utara ke Selatan pasti akan menunggu pelanggan..

Aku ingat lagi Ramadhan yang lalu, hari pertama, aku membeli lauk sambal telur..bulat-bulat aku nampak biji cili dalam kuah tersebut..sah pedas, aku agak..tapi bila sampai masa berbuka, bila ku jamah, alahai..manisnya..inilah keistimewaan bumi Serambi Mekah ni..

Antara yang lain, ketetapan undang-undang yang melarang sebarang premis makanan di buka sebelum pukul 3..cukup benar ditaati..aku sedikit kagum..susah nak jumpa kedai makanan sekitar Kota Bharu ini akan dibuka sebelum waktu tersebut (bukan sebab aku cari)..bahkan, premis makanan segera yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu pun akan dibuka selepas waktu itu..

Letih aku rasa nak tulis lagi..aku pun tak tau..kenapa mesti ada stigma..puasa hari pertama pasti meletihkan..yang kemudian, pasti akan alah bisa tegal biasa..aku ada entry lain yang sedang ku usahakan..nantila..pastinya ia akan muncul..sekali lagi aku ingatkan hutang aku pada blog cabuk ni..

3 comments:

wanfai said...

dulu tahun pertama aku kat kelantan dah byk kali terkena beli makanan manis..sejak tu bila nak beli aku mesti tanya makcik yang jual tu makanan dia manis ke tak..

dah dua tahun kat sini, aku paling suka beli cucur udang kat pasar ramadan stadium sultan muhd IV...sedap! makan dengan kuah kacang

*teringat murtabak pak din dengan murtabak warna kuning yg tiap2 tahun mesti aku beli kat pasar ramadan depan balai polis selayang..

wanfai said...

tapi masa aku gi pasar ramadan kat stadium tu petang tadi...pakcik yang jual cucur udang tu dah takde...huhu

manlukeman said...

aku sendiri tak xigt ape yg aku penah beli..makan..dari pasar kat sini.tgh dok pk blk ni..