Saturday, September 6, 2008

Aku dan Mercun



Aku tak tahu la nak rasa bangga ke tak..tahun ni, kecederaan pertama melibatkan mercun pada bulan puasa, menjelang hari raya, berlaku di negeri ini..serentak dua orang budak..member aku, Khairi Mohamad yang bikin cerita ni keluar nasional tuh..yang sorang main mercun bola..yang sorang lagi mercun buatan sendiri..nasib la tak jadi korban..alahai..budak sekarang makin berani..agaknya masing-masing dah dapat imu kebal daripada mak bapak...

Aku sendiri masa budak dulu main mercun....bermula dengan mercun beli sehinggalah mercun buatan sendiri, semua aku rasa..ada gak yang meletup kat tangan aku, meletup dalam baju..terbakar baju orang..terkena anggota badan orang..cuma bernasib baik aku tak jadi seperti budak-budak lain yang keluar paper..seronok la masa tu wweeiii..

Orang kata..terutamanya budak-budak..takde mercun, tak meriah raya..betul ker ?? memang la betul..budak-budak yang paling seronok bila ngadap benda-benda ni..cuma, sikap terlalu berani budak-budak ni kadang-kadang boleh makan diri..aku sendiri cukup takut sekarang bila nak bakar mercun bola..berdesing wei telinga..macam bunyi bom tangan yang pernah aku baling satu ketika dulu..

Pasti ada yang pelik, macam mana mercun ni ada je bila sampai masa ye..entah dari mana datang..siapa yang bawak masuk..macam mana boleh terlepas..barang ada permintaan..biar sampai berenang sungai, mercun pasti akan dijual..macam aku duduk di negeri sempadan ni, memang seronok..macam-macam mercun yang tak pernah tengok ada depan mata..ini mercun bukan zaman aku..mengigil gak aku nak bakar sumbu ye..

Ikut la hati masing-masing..main mercun ni memang salah kalau ikut undang-undang..jangan main-main, kalau tak polis yang tangkap, Kastam pun boleh tangkap masa korang tengah main..berpada-pada lah ye bila bermain mercun..

manlukeman: aku nak main bunga api je..

2 comments:

AYOB MAMAT said...

Bagus isu-isu dalam blog u .. main mercun tu biasalah. ia patut dihalalkan semula agar kemeriahan hari raya kembali terasa. yang kena sikit2 tu, itu kes terpencil sahaja. macam kemalangan gak, jumlah sama je tiap hari tapi dilaporkan dalam opss sikap, nampak macam banyak. ya tak ... so, selamat berhari raya

manlukeman said...

mekaseh boh..sudi gak boh belek blog cabok ni..