Sunday, September 7, 2008

Aku dan Laut

Gambar ihsan (Hafiz Johari - Photographer Utusan/Kosmo!)

RAMAI rakyat negara ini yang tidak mengetahui secara terperinci mengenai kawasan perairan laut yang penuh dengan pelbagai khazanah alam marin memandangkan masing-masing merasakan tiada kepentingan terhadapnya. Apa yang mereka tahu, kawasan-kawasan itu akan menjadi destinasi percutian bersama keluarga apabila tiba musimnya.

Kawasan perairan negara meliputi kawasan seluas 614,000 kilometer persegi namun apa yang agak memeranjatkan hanya 2,300 kilometer persegi (0.37 peratus) saja yang digazetkan sebagai Taman Laut dan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada kerajaan. Ini bermakna selebihnya kawasan seluas 611,700 kilometer persegi berdepan dengan pelbagai ancaman anasir jahat untuk memusnahkannya.

Meskipun dengan penubuhan Jabatan Taman Laut (JTL) pada tahun 1994 yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 41 sehingga Seksyen 45 Akta Perikanan 1985, namun usaha untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan eko sistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna masih lagi jauh.

Dengan rasa rendah diri, perkara itu diakui oleh Pegawai JTL, Mohd. Nizam Ismail yang menggangap usaha ke arah itu hanya ibarat bayi masih belajar bertatih. Katanya, dengan kawasan seluas 2,300 kilometer persegi, hanya 40 buah pulau saja yang diwartakan sebagai Taman Laut, dua pulau di Sarawak diwarta sebagai Kawasan Larangan Perikanan dan 11 buah pulau di Sabah sebagai Taman Negeri berbanding jumlah pulau di negara ini sebanyak 882 buah.

“Kita sememangnya terdesak untuk mengenal pasti dan melindungi lebih banyak lagi kawasan perairan dalam me mastikan kemusnahan ‘isinya’ dalam dikurangkan,” ujar Mohd. Nizam.

Proses pewartaan sesebuah pulau itu bukan mudah, selain pelbagai kajian biologi marin perlu dilakukan bagi keperluan kelulusan, kerjasama kerjaan negeri dalam meluluskan ca dangan itu sangat dituntut. Kesedaran kebanyakan kerajaan negeri dalam hal ini masih baru, terbaru pada Februari lalu, Pulau Yu Besar dan Pulau Yu Kecil di Terengganu digazetkan sebagai Taman Laut.

Apa yang menarik dalam sepanjang kajian yang dijalankan oleh JTL dengan mengambil 16 sampel dari kawasan perairan meliputi Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Tinggi, sebanyak 16 spesies hidupan marin dan 158 spesies ikan baru ditemui yang masih belum direkodkan oleh mana-mana pihak.

“Bayangkan, dengan keadaan ini potensi untuk ‘harta karun ‘ untuk berkembang-biak masih tinggi dengan 42.2 peratus kawasan tersebut dipenuhi dengan terumbu karang dan ke banyakan tempat kajian yang dilawati, semuanya dalam kea daan baik dan ‘sihat’,” kata Mohd. Nizam.

Hakikatnya, sebarang tindakan yang lewat ke arah usaha ini sememangnya mengundang padah. Menurut Mohd. Nizam, sehingga kini 23 peratus spesies tumbuhan karang di negara ini terancam dan berdepan dengan risiko kepupusan.

Bercerita mengenai faktor penyumbang kepada kepupusan hidupan ini, kesemuanya adalah masalah ‘tradisonal’. Pem bangunan berdekatan dengan kawasan marin yang tidak te rancang, pencemaran laut, penangkapan ikan secara haram dan pengutipan sumber marin, masalah ini sudah acap kali di perkatakan sehingga boleh menimbulkan muak.

Menurut Mohd. Nizam, penguatkuasaan menjadi agenda kedua mereka sebaliknya program kesedaran kepada golongan sasar iaitu pelajar sekolah lebih penting memandangkan mereka akan menjadi pewaris kepada khazanah laut ini pada masa akan datang.

“Ini bukan bermakna kita tak buat operasi pencegahan dan penguatkuasaan langsung, ia tetap dijalankan cuma masih juga terdapat pihak yang tidak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama,” jelasnya.

Kalendar program JTL tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti dalam menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan pemeliharaan hidupan marin. Dalam masa terdekat ini, Prog ram Pembersihan Pantai akan berlangsung pada 3 September di Pulau Tinggi/Pulau Sibu, Johor dan 3 Oktober di Pulau Payar, Kedah yang membabitkan penyertaan orang awam. Ia disusuli Fiesta Laut 2008 pada 16 November sehingga 17 November depan.

habis

2 comments:

wanfai said...

ceritalah pasal laut kat kelantan pulak yg banyak dah tak boleh dijadikan tempat pelancongan sebab hakisan

manlukeman said...

aku cerita tu general..gamar je amik kat sane..