Wednesday, September 17, 2008

Aku dan Penyembah Syaitan

MOSCOW - Sekumpulan penganut penyembah syaitan memakan sebahagian daging empat remaja Rusia selepas membunuh mereka dengan menikam mangsa sebanyak 666 kali. Geng itu menikam sebanyak itu kerana percaya kepada angka tersebut, kata seorang anggota polis.

Seramai tiga gadis dan seorang remaja lelaki berumur antara 16 hinggga 17 tahun dipercayai dipaksa meneguk minuman keras sebelum kumpulan itu menyerang mereka.

Penganut ajaran sesat itu kemudian menyalakan unggun api di bawah sebatang pokok berhampiran tempat ibadat mereka di Wilayah Yaroslav iaitu 480 kilometer ke timur laut Moscow.

Suspek memanggang dan memakan tubuh mangsa. Namun sebahagian mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada jun lalu iaitu Anya Gorokhova, Olga Pukhova, Varya Kumina dan Andrei Sorokin akhirnya dijumpai semula pada bulan lalu.

Setelah menahan 8 orang bagi membantu siasatan kes tersebut, pihak polis menyedari bahawa semua yang terbabit seperti orang yang sudah hilang akal dan tidak siuman serta diketuai oleh seorang ketua, Nikolai Ogolobyak.

"Syaitan akan menolong saya untuk mengelak daripada bertanggungjawab, saya banyak berkorban demi dia," ujar seorang suspek ketika disoal siasat.

"Saya berdoa kepada Tuhan tetapi dia tidak memberi sebarang wang lalu saya menyembah syaitan," kata seorang lagi ahli geng sesat itu - Agensi


manlukeman: nak je aku tanya " Kau sembah syaitan tu, ada dapat duit ker," sambil ku sepak terajang mangkuk ayun suspek ni..

4 comments:

wanfai said...

ala kat malaysia ni pun ramai yg sembah setan... cuma tak bunuh orang je... apa nak heran, dunia nak kiamat... tu tak kira perangai macam setan, minum air setan...

Anonymous said...

nak wat camne, yg patut sembah tuhan pun, main2... semoga kita tergolong dalam golongan yg terpelihara hendaknya...Amin

~nyway, hepi belated bithday!! :D

manlukeman said...

aku tak nak ikut setan

ninot said...

lalu...
jangan ikot setan :P