Sunday, August 31, 2008

Aku, Bunga Api dan Budak Lelaki

Semalam aku keluar untuk melihat keindahan bunga api di Kota Bharu ini..saja nak bawa keluarga aku berjalan-jalan..Buat kali pertama setelah setahun aku di sini, aku berbuat demikian..tahun lalu, aku cuma duduk di rumah..sambil mendengar anak jiran ku, Kasih dan Sophia menjerit 'Merdeka, Merdeka, Merdeka..comel suara kanak-kanak ini..

Ketika sampai saatnya detik pukul 12 malam..aku masih lagi tidak mendengar dentuman bunga api..mahupun kelibat imej bunga api di udara..pelik aku..takde bunga api ke..lantas aku cuba mengambil hp ku lalu menelefon kawan ku, Tarmizi Abdul Rahim...
" Mana bunga api ni, takde pun," tanya aku.."Kan aku dah cakap, takde la..semalam dah perabih untuk program T**U, tahun ni memang takde..kat pusat pun takde..tahun ni semua ambil langkah berjimat cermat" jawab Mizi dengan panjangnya...
Hampa aku dengar jawapan tersebut...takpela.mungkin takde rezeki...tapi elok la ada yang sedar, bunga api ni sebenarnya agak membazir..aku sendiri tau kos untuk pertunjukkan bunga api ni mencecah jutaan ringgit..hanya satu malam saja..

Sedang aku nak melangkah pulang, aku terdengar suara teresak-resak seorang budak..Lelaki..betul-betul dekat dengan kereta aku..aku dengar budak itu sedang bercakap di hp ye sambil menangis..tak tau cakap dengan siapa..aku dapat mengagak..budak ni sah sesat..
Menggunakan dialek tempatan, aku cuba bertanya...
"Kenapa kau ni menangis, sesat,? tanya aku.."Betul bang, saya kena tinggalkan dengan sepupu," jawab budak ni..."Mari naik apa," tanya ku lagi.."Basikal, ramai-ramai," jawabnya pendek.."Takpela, telefon rumah, kata nanti aku hantar ko," janji aku padanya.."Takde kredit la bang," tambahnya lagi..
Langsung aku hulur hp aku dan menyuruh dia menelefon ibunya di rumah dan mengatakan aku sendiri akan menghantarnya pulang..Aku sempat bercakap dengan ibunya dan memperkenalkan diri sambil menawarkan untuk menghantar anaknya pulang..

Sepanjang perjalanan menuju rumahnya di Kemumin, HP nya berdering beberapa kali, panggilan dari ibunya..bertanyakan dia berada di mana..aku juga sekali lagi terpaksa bercakap dengan ibunya bagi menyakin aku akan hantar anaknya dengan selamat..budak ini yang tidak mahu memberi namanya kepada aku, terus menangis..mungkin takut..yang aku tau, dia belajar di SK Kemumin, darjah 6..aku cuba pujuk berhenti menangis..ajak berborak..mungkin dia malu aku ni orang luar..jadi tak berapa paham dialek aku..sampai di rumah, aku nampak ibunya, dua orang kakaknya sedang menunggu..seperti adat orang Melayu, ibunya berterima kasih pada aku dan mempelawa datang semula ke rumahnya jika ada masa terluang..

Aku menghembus nafas panjang..apa akan jadi kalau aku hanya biarkan saja budak lelaki itu terus tercari-cari siapa yang mahu menolongnya..atau mungkin sebaliknya berlaku..aku mula teringat kisah Sharlinie..Nurin..Yin.meremang bulu roma seketika..zaman ini yang menjadi 'wang' sebagai Tuan..sesiapa saja sanggup melakukan di luar batasan pemikiran untuk menjadi hamba 'wang'...serakah nafsu yang tidak mengenal erti usia, warna kulit dan agama..hanya berkiblatkan matlamat menghalalkan cara...

Aku bersyukur kepada Yang Esa memberi ihlam kepada aku untuk membuka mulut bertanya kepada budak lelaki tidak bernama itu.dalam keghairahan dia mengisi malam bersejarah, dia terlupa akan keselamatan dirinya...aku harap dia ingat akan peristiwa tanggal 31 Ogos 2008, ketika umurnya 12 tahun, tatkala nyawanya menjadi pertaruhan, Tuhan memberi satu lagi peluang untuk dia belajar sesuatu..

Friday, August 29, 2008

Aku dan Benda Lain

Aku cuba untuk memenuhi tuntutan diri ini bagi mengemas kini blog ini setiap hari..bukan untuk memberi orang lain membacanya..untuk diri aku sendiri..rawatan psikologi diri..menulis meluahkan sesuatu..tapi sayangnya sudah ada lompong yang aku tinggalkan..ada harinya aku seperti tidak mempunyai masa untuk menulisnya..walhal sempat juga aku membukanya..

Rasa berat juga tanggungjawab ini..tanggungjawab yang aku pikul untuk diri sendiri..ada juga tanggungjawab lain yang harus aku pikul..serabut kepala nak mulakannya..aku harap lama-kelamaan ia menjadi alah bisa tegal biasa..

Ada benda lain yang sedang aku usahakan ketika ini..sehingga terlupa untuk menjenguk Blog Cabuk aku ni..tapi aku tidak mahu menjadikan ia alasan..aku cuba untuk baikinya dari semasa ke semasa..pengisiannya aku perlu mantapkan..aku tidak mahu sekadar melepaskan batuk ditangga saja..

manlukeman: panjang la aku merepek..

Thursday, August 28, 2008

Aku, Media Kelantan dan Bendera

Gambar Ihsan (Zahari Razak - Photographer Bernama)

Dalam sibuk-sibuk rakan-rakan aku menulis cerita pasal Merdeka, tiba-tiba datang idea nak tulis pasal diri masing-masing mengenai sambutan hari bersejarah ini..sekurang-kurang ada juga dalam palitan sejarah bahawa masing-masing turut serta menyemarak sambutan bulan kemerdekaan negara..

Maka, berkumpul la pengamal Media di negeri ini dengan kereta, motor, masing-masing untuk menempelkan bendera Jalur Gemilang..setidak-tidaknya, semangat patriotik itu juga dapat ditonjolkan dalam diri masing-masing yang selama ini hanya menulis saja mengenai hari keramat ini..

Dua hari lagi untuk menemui tarikh keramat, 31 Ogos 08...Selamat Menyambut Hari Merdeka..

Tuesday, August 26, 2008

Aku dan Rasuah

Gambar Ihsan - Hafiz Johari (Photographer Utusan/Kosmo!)

Ada orang naik berbuih mulut bercakap pasal benda ni..ada pula yang dah naik mual dengar pasal benda ni..ada juga yang malas nak bercakap pasal benda ni..aku pula..entah la..tak tercapai dek akal...apa ke benda ye..RASUAH...

Tanpa sesiapa sedar benda ni dah jadi macam 'makanan'...baik sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam...nak tak nak, mesti kena ada...tak memberi, kena juga beri...tak terima, terpaksa juga menerimanya...secara tak sengaja pun, kita juga mudah terlibat dengannya...zaman sekarang ni, RASUAH sudah menjadi satu tuntutan...hairan juga aku siapa la yang cipta benda ni...

Macam mana benda ni boleh terbongkar...kebiasaannya kalau kedua-dua belah pihak yang melakukan benda ni, 'ikhlas', 'redha', pasti ia menjadi 'senyap'...tapi...bak kata-kata yang biasa kita dengar..."dia ni makan banyak sangat, dah kiri, kanan, depan dengan belakang pun nak sapu juga"....maka, terbukalah pekung di dada....masa ni...dapat la orang-orang tau..eh, tak sangka dia ni pun buat kerja ni...pakai uniform, pakai tali leher, orang tinggi, pak imam, ustaz, kerani pun ada...

Bercerita sikit pasal gambar dalam entry ni....berkaitan dengan lima anggota polis termasuk dua pegawai penyiasat diperintahkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut....ini kira antara kelakuan yang juga boleh menjurus kepada kesalahan yang diperkatakan tadi..cuma sebelah pihak terpaksa..jadilah peras ugut..nampak macam cantik je gambar ni...tapi jangan tak tau, nak mendapatkannya punya la susah..hebat betul 'abang-abang' yang tukang bawak tu buat kerja.susah jugak la si Hafiz nak dapat shot yang cun..sampai kena tolak dengan 'abang-abang' tu...hairan aku..macam kes berprofil tinggi lak..kawalan mengalahkan pak-pak menteri..

Apa-apa pun orang macam ni dah kantoi, susah la nak cari makan lebih lagi..popular la katakan...tapi ni semua 'ikan bilis' je..bukan 'jerung'...kalau dapat tangkap 'jerung' yang biasanya buat duit RM50 jadi tisu, baru la seronok nak tau...

Aku dan Jenayah

Gambar Ihsan (Hafiz Johari - Photographer Utusan/Kosmo!)


Aku mahu bagi pujian untuk pemuda-pemudi, belia-beliawanis dan remaja zaman sekarang ni..masing-masing berani menonjolkan diri..berluma-lumba nak cipta nama..nak tunjuk kehebatan diri yang orang lain yang tak nampak..

Namun, ada juga yang tersilap langkah, lain pula yang jadi..aku sendiri pun tak 'seberani' segelintir golongan ini yang lebih kurang sama dengan umur aku..lebih sedih lagi, mereka yang terbabas itu adalah seumat dengan aku..

Tak tahu mana silapnya sampai boleh jadi macam tu..ramai orang dok tuding jari sana-sini..siapa yang perlu lebih bertangunggjawab...sudahnya, 'keberanian' golongan ini berterusan tanpa batasan dan sempadan..

Cukup saja aku lihat golongan ini ditempat aku dibesarkan..keletah dan tabiat masing-masing yang baru saja 'naik' cukup berbeza dengan zaman aku dulu..memang cukup 'berani' nak tonjolkan diri..sampai ada juga kawan-kawan aku yang teruji kesabaran masing-masing melihat 'golongan' ini..silap-silap haribulan, ada juga yang hampir makan sup 'kaki' atau 'tangan'...

Dua benda bermain dalam kepala setiap orang apabila memikirkan apa puncanya..undang-undang atau pendidikan..cukup 'hebat' ke undang-undang di negara ini untuk mencegah..cukup 'tebal' ke pendidikan yang diberikan kepada sesiapa yang hidup di negara ini


manluke: aku sedar di mana aku berpijak

aku dan Merdeka

(gambar ihsan Hafiz Johari - Photographer Kosmo!)


Tak sedar aku rupa-rupanya dah dekat dengan Hari Merdeka..31 Ogos...aaiii..malu aku..nak jadi Melayu mudah lupa...kebetulan ketika aku sedang duduk membuat tugasan aku di pejabat, ada pula mamat datang dari mana datang kenalkan diri sambil menunjukkan keratan akhbar...


Rupa-rupanya mamat yang bernama , Matt Nazriee Hassan, 41, nak cipta rekod jelajah solo menggunakan motosikal Nitro dia bersempena bulan Kemerdekaan..kagum kejap aku tengok dia..Cerita punya cerita, nak tau berapa modal untuk kembara yang diberi nama Cobraeite Ekspedisi’ ni, RM70.57 ..kebetulan pula nombor pendaftaran motosikal dia 7057...geleng kepala aku kata dia ni sah memang gila...


Ada sedikit pengalaman yang Mat Nazriee kongsi dengan aku..antaranya duit dia pernah seketika tinggal RM3 saja yang digunakan untuk mengisi minyak..kalau aku tak silap masa tu dia di Sungai Petani...nak naik ke Kedah...Dia tawakal saja, mujur kemudiannya ada insan yang sudi membantu menghulurkan sedikit wang untuk belanjanya meneruskan perjalanan


Memang 'sembrono' dia ni..main redah je..tak payah nak tunggu orang sponsor besar-besar, buat promo besar-besar, terus jalan...kita biasa ditayangkan dengan orang sana-sini buat program besar-besar sempena bulan Merdeka kita, heboh seantero Malaya..tapi dia ni..memang aku 'respect' la...


Sesiapa yang ingin menghulurkan sebarang sumbangan boleh menghubungi Mat Nazriee di talian 013-5181512 atau melayari blog Cobraeite Ekspedisi di alamat http://cobraeite.blogs pot.com untuk maklumat lanjut.



Manlukeman: Merdekakah diri Anda?

Sunday, August 24, 2008

Aku, Hilang & Rehat

Last posting aku hari Selasa..esok ye sehingga semalam..aku langsung takde masukkan entry baru..kebetulan aku diamanahkan untuk mengadap tugasan luar..outstation..jadi..agak senyap juga berpunca daripada aku sendiri tak bawak laptop...baru hari ini aku kembali untuk menaip benda-benda yang tak best macam korang semua baca ni..aku nak rehat-rehat kepala..kumpul idea...baru dapat ilham yang jujur..

Ada juga bingkisan menarik yang nak aku paparkan nanti..aku ada hutang dengan bog aku sendiri...esok aku mula kerja..dah macam-macam benda nak kena buat..outstation aku tuh..memang nak kena bikin something...tunggukan kemunculannya nanti..di BLOG cabuk ni..sekali dengan yang biasa terbaca nama ini di akhbar kontemporari...Bukan Sekadar Berita..

Tuesday, August 19, 2008

Aku dan Rekod Olimpik

Gambar ihsan Reuters

Biarpun lambat untuk aku rasa hairan, tapi aku tetap nak hairan jugak..sibuk orang cakap-cakap pasal rekod dunia lebur di Sukan Olimpik 2008..antara yang mendapat perhatian..Usain Bolt dan Yelena Isinbayeva..seorang lari laju, seorang lagi handal lonjak badan pakai galah..

Hairan aku..macam mana dua makhluk ini dapat pecah rekod dalam masa yang singkat..si Isinibayeva ni..asal masuk competition saja, sure pecah rekod..kemuncaknya, semalam pecah rekod sendiri..5.04 meter dengan 5.05 meter...hairan bin ajaib aku..apa benda agak ye dia makan sampai badan dia boleh jadi anjal sangat..

Yang si Usain ni lagi la..dalam nak buat rekod dunia, selamba ala mat rempit je berlari..aku tengok 'live' masa tu, kaki dia macam kanggaroo...panjang..laju...betul ke tu kaki dia...9.69 saat...aku ingat la..kalau betul-betul dia lari, memang lama rekod dia nak pecah..lebih-lebih lagi melihat catatan masa pesaingnya tempat kedua dan ketiga, jauh lebih kebelakang dari catatan terpantasnya..

Tiba-tiba..aku mula terfikir balik entry sebelum ni..Aku dan Pingat Sukan Olimpik...apa la agaknya negara kedua-dua orang sensasi ni nak bagi..


manlukeman: Kalau lah aku tinggi..

Saturday, August 16, 2008

Aku dan Pilihan Raya



Gambar Ihsan (Hafiz Johari - Utusan Malaysia/Kosmo!)


Pertarungan hidup mati...Inilah yang diperkatakan mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh tak lagi ni, 26 Ogos nanti..dua jagoan kampung halaman akan beradu 'tenaga' untuk memastikan parti yang dianuti menang seterusnya sejarah baru tercipta..aku rasa macam nak pergi sana sebab untuk rakam sejarah besar negara ini..


Pastinya, pemerhati-pemerhati poliltik hari ini sudah berkira-kira apakah fakta yang menjadi kayu pengukur untuk menentukan siapa yang berhak menjadi Tuan di bumi keramat ini..lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini..siapa yang bijak, dia tidak akan dipijak..


Tersenyum juga aku ketika mengadap sarapan pagi ini sambil membaca paparan muka depan akhbar..selain cerita kemenangan Chong Wei melangkah ke akhir di Olimpik 2008, pastinya berita ini menarik perhatian orang lain termasuk aku..


Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Saya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah, saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahualam." (petikan daripada akhbar Kosmo!).


Mata juga tertumpu kepada akhbar awal minggu ini apabila kenyataan dikeluarkan oleh seorang makhluk Tuhan mengenai cadangan 10 peratus kouta kemasukan untuk bukan bumiputera ke UiTM..maka, ramailah yang marah akan dengan cadangan yang dianggap tak masuk akal ni..berprotesla mahasiswa UiTM untuk membantah cadangan ini..termasuk beberapa pemimpin-pemimpin negara yang merasakan perkara itu mempunyai agenda yang tersembunyi..


Apa-apa pun, ketika ini, aku merasakan mahu duduk di Permatang Pauh selama 11 hari sehingga hari mengundi..aku nak pergi semua ceramah yang ada..tak kira siapa yang buat, aku cuma nak dengar apa yang berdiri di pentas nanti bercakap...



manlukeman: Aku suka senyum..SAK gelar aku 'Smiling Face Kumpulan Utusan'

aku dan Pingat Olimpik 2008


Pagi ini semua rakyat negara ini pasti bergembira apabila kilauan pingat mula bersinar dalam kem Olimpik 2008 setelah penantian 12 tahun tanpa pingat di sukan berprestij taraf dunia ini. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya melangkah ke slot akhir apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il 21-18, 13-21, 21-13 di Universiti Teknologi Beijing.


Cuma, kita tak tahu apa warna pingat tersebut, sama ada Emas atau Perak. Jangan main-main, Chong Wei nak lawan dengan dengan jaguh dari China, Lin Dan yang juga pemain No. 1 dunia ketika ini. Daripada 13 pertemuan, kali mamat dari China ni menang..Kali terakhir kita menang di Sukan Olimpik adalah pada Temasya 1996 di Atlanta apabila pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock meraih perak, manakala Rashid Sidek memenangi gangsa.


Biarla apa sekali pun warna pingat, pencapaian mamat ni sesuatu yang boleh dibanggakan..Aku ucapkan selamat la pada mamat ni walapun aku tau dia tak baca blog cabuk aku..


Bercakap-cakap pasal benda ni di kedai kopi..ramai yang seronok..tapi dicelah-celah kerancakan memuji mamat ni, terselit satu suara yang akan membuat semua orang garu kepala..."Korang nak bagi ke duit RM1 juta kat mamat ni bila dia menang Emas, takpun RM300,000 kalau dapat Perak," tanya orang tua ni di khalayak ramai..Pelik soalan orang tua ni.."Aku tak halalkan duit aku digunakan untuk bayar pada mamat ni. Membazir tak tentu pasal dengan angka sebesar tu," tambahnya lagi...


Tercengang orang bila orang tua ni terus berlalu lagi pergi..meninggalkan orang-orang di kedai kopi itu dengan tanda tanya...termasuk aku...


manlukeman: ada kawan aku pun marah pasal benda ni, bezanya masa tu aku dah tau kenapa..

Friday, August 15, 2008

Aku dan Cakap Tak Serupa Bikin


Seperti biasa tepat jam pukul 8 malam, sure semua orang menempel depan tv...nak tengok berita..tak kira saluran mana, asalkan menghidangkan berita-berita bernas buat paparan untuk pengetahuan umum..

Macam orang-orang lain, malam semalam, pada waktu yang sama, aku pun tengok berita..saluran pilihan aku adalah TV3...ada satu berita yang menarik perhatian aku..mengenai satu isu yang beberapa hari yang lalu menjadi satu topik hangat...forum tut ****** .....hasil daripada paparan berita itu semalam, aku rasa isu ini dah jadi macam anti-klimaks...seperti yang kerap berlaku...Cakap Tak Serupa Bikin...

Dari mula nak buat forum ni, sampai dah buat pun, pelbagai pihak yang menentang..mahu menghalang forum ini daripada diteruskan..bermatian-matian NGO Melayu Islam memberi amaran, menentang kebiadaban pihak-pihak itu yang terlalu cerdik pandai menggunakan ruang demokrasi untuk membincangkan sesuatu yang cukup sensitif..

Selepas itu, berjela-jela la kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pihak, bermula dari orang biasa bawak sampai ke peringkat pak-pak menteri..semua membulatkan satu kenyataan yang sama..ia perlu dihentikan dan tindakan keras perlu dikenakan terhadap si bijak pandai itu..

Aku pasti ada orang yang bersama aku menunggu 'TINDAKAN' itu diambil selepas amaran tidak diendahkan tapi selepas malam semalam, hambar aku rasa...kenapa la benda-benda macam ni selalu jadi..naik muak aku...yang aku dapat dengar dari berita semalam..'Kita perlu teliti kesalahan mereka, itu, ini, tak boleh ambil sebarang tindakan tanpa kaji dulu'...sedih aku..walhal, ada seorang tu dah beria-ria bercakap seolah-olah 'TINDAKAN' akan dikenakan...kena pulak yang seorang ini, yang ada portfolio berkuasa, cakap lain...CAKAP TAK SERUPA BIKIN...kalau kita ikutkan kronologi cerita ni, orang ni jugak la antara yang konon ye nak kenakan 'TINDAKAN'....


Manlukeman: Aku selalu doa tak jadi macam orang begini.

Thursday, August 14, 2008

Aku dan Hiburan

Kenapa orang suka sangat dengan cerita dunia Hiburan..cerita pasal artis..pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak, pengarah filem, produser drama, pak pacak..ada cerita pasal skandal, gaduh, tangkap khalwat, kena gam, bercerai...macam-macam cerita la.. Terfikir juga apa yang kita boleh ajar masyarakat dengan cerita-cerita ni..mungkin ada yang boleh dijadikan teladan tapi berbalik kepada agama..tak elok sebenarnya kalau kita aibkan orang..nak bercerita pasal keburukan orang..lebih-lebih lagi secara terbuka..Orang tua aku ada pesan...jangan tulis pasal Hiburan..habis cerita 'dalam kain' orang nak kasi semua orang tau..kalau tak, elok berhenti kerja...tapi..punyala aku nak mengelak, kena jugak..aku pun tak suka sebenarnya..nasib baik kebetulan masa aku kena buat, takde la sampai nak cerita seperti apa yang orang tua aku cakap..

inilah antara inipati cerita aku..

Mohd. Firdaus Abd. Halim atau dikenali sebagai Fiq, peserta akhir Mentor 2 menjadi pilihan rakan-rakan artis yang lebih senior dalam industri seni untuk bergelar juara dalam rancangan realiti itu.
Berbanding dengan peserta yang lain, Fiq dilihat lebih menonjol dan menyerlah dalam pelbagai aspek termasuk ke mantapan vokal dan persembahan yang menyakinkan.
Ajai yang bertindak sebagai juri pada malam itu memilih Fiq kerana mempunyai karisma sebagai seorang penghibur di samping bijak dalam menampilkan gaya dalam setiap per sembahannya.
"Saya gelar Fiq sebagai rocker yang bijak (intelligent rocker) kerana mampu membawa nafas baru dalam muzik itu dengan lebih baik. Tidak mustahil suatu hari nanti, dia akan menjadi seorang ikon dalam muzik rock jika dapat memberi komitmen yang terbaik," ujarnya ketika dihubungi aku.
Selain Fiq, peserta lain yang bertanding pada malam itu ialah Nuriylia Zailani (Nieyl) dan Siti Khatijah Hassan (Kat) yang akan berentap untuk penentuan juara di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad ini.
Kedua-dua saingan Fiq ini juga mampu menjanjikan per saingan yang sengit kerana masing-masing mempunyai ke kuatan yang tersendiri. Nieyl dengan kekuatan vokalnya ma nakala Kat cukup yakin dalam persembahannya.
Penyanyi rock, Awie juga sependapat dengan Ajai dengan menyatakan penampilan peserta itu mampu menarik lebih ramai peminat untuk mengundinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Saya percaya ramai peminat rock akan mengundinya kerana Fiq dapat menjiwai muzik aliran itu dengan baik dalam per sembahannya yang ditampilkan," katanya.
Sementara itu, bekas mentor salah seorang peserta pada musim lepas, Nora memilih Fiq berdasarkan pakej ‘sempurna’ yang ada pada peserta itu.
"Vokalnya yang baik dengan penampilan yang menarik pasti memenuhi cita rasa peminat zaman ini," ujarnya.
Keputusan akhir akan diadili oleh Ketua Juri, Zainal Abidin Hassan bersama Syafinaz, Ajai, Adnan Abu Hassan dan Manan Ngah mewakili separuh daripada undian yang dibuat oleh penonton melalui SMS.
Manlukeman: pertama dan terakhir aku buat cerita macam ni...selamat

Aku dan Hero

Sepanjang aku hidup, macam-macam watak Hero yang pernah aku tengok, aku jumpa..sama ada yang betul (realiti) atau hanya paparan untuk dijadikan model, ikon dan ikut-ikutan...Superman, Batman, Spiderman, Ultraman, Kesatria Baja Hitam, Gaban, Kluang Man, Cicak Man..antara watak Adisatria (Hero) yang pernah disogokkan..

Siapa sebenarnya yang layak bergelar Hero..adakah Hero ini diwujudkan secara semulajadi...adakah ia menjadi satu pangkat, darjat yang boleh dianugerah secara sesuka hati..apa yang Hero buat sampai dia layak digelar sebegitu..siapa pula yang menilai ciri-ciri Hero ini sampai layak digelar sedemikian...

Boleh ke orang biasa seperti aku dan makhluk Tuhan yang lain di muka bumi merasai nikmat panggilan Hero itu ?? mampu ke untuk menjadi Hero seterusnya memegang watak ini ? Ramai sebenarnya yang kalau boleh nak jadi Hero..yang pertamanya, menjadi Hero untuk diri sendiri, lepas tu nak jadi Hero untuk keluarga sendiri, kemudian mula fikir nak jadi Hero kampung, seterusnya nak jadi Hero bangsa sendiri, bercita-cita pula nak jadi Hero agama, paling tinggi terfikir pula nak jadi Hero negara...

Nak jadi Hero sebenarnya senang...buat konon-konon baik, terus orang angkat jadi Hero..cuma yang susah..nak kekalkan keHEROwan sehingga hujung nyawa...orang tua ada pesan...Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...ada orang ingat Hero ni macam Tuhan..tak pernah buat silap, buat salah..tapi sekali salah dibuat, benda tula yang diingat sampai mati ..yang baik, sekelip mata semua HILANG Dalam Terang..inila kaitan ye dengan pesanan orang tua yang tadi tu...

Terminologi ini berbeza sekali dengan agama kita, Islam...biar sekalipun jahat tapi bila buat baik, berlipat kali ganda ganjarannya..lebih-lebih lagi kalau bertaubat...dengan taubat tu la Tuhan ingat sampai bila-bila...kejahatan akan tertutup apabila kebaikan muncul...

Fikir-fikirlah.siapa yang sanggup digelar Hero yang kemudian dimaki, dicerca, dipijak oleh mereka-mereka, orang-orang itu, si polan bin folan, yang mencipta watak Hero itu..hanya disebabkan satu kesalahan, kesilapan, kealpaan...mmmm..

Wednesday, August 13, 2008

aku dan Puasa

ada sesiapa sanggup naik van ni ????

Sebelum terlupa..selamat menyambut Bulan Kemerdekaan...aku tetap tidak lupa tanggal 31 Ogos 1957 sebagai tanggal keramat..negara aku bebas daripada cengkaman penjajahan berbentuk pemerintahan..apa-apa pun, jangan teruskan biarkan hidup kita terus dijajah MINDA..

Tinggalkan bulan kemerdekaan sebentar, aku sebenarnya menghitung hari untuk ke sampai ke Ramadhan..makna ye..seluruh umat Islam sedunia berpuasa..Bulan yang penuh dengan keberkatan..segala amalan terus naik ke Penghitung tanpa ada tapisan...

Selain bersahur, berbuka puasa, solat terawih, makan moreh, tadarus al-Quran, Lailatul Qadar, ada juga benda lain yang popular semasa bulan rahmat ini menyelusuri waktunya..

Hehehhee..pasti ada yang sudah nampak meneka apa yang kau maksudkan..orang tak puasa..(termasuk la aku pada satu ketika dulu)..aku mengaku..orang yang lemah tanpa iman yang kuat..

Kebetulan aku berminum kopi dengan rakan lama di sini..ada butiran yang penting dia sampaikan..

Awas kepada peniaga yang menjual makanan pada waktu yang tidak dibenarkan kerana tindak-tanduk anda itu sebenarnya diperhatikan.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MP KB-BRI) telah membentuk Unit Penyamaran untuk mengesan seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.

Pengarah Penguat Kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussien berkata, peniaga dilarang menjual makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang Ramadan seperti termaktub di bawah per aturan MPKB-BRI.

Ujarnya, penyamaran itu dilakukan oleh anggota penguat kuasa yang tidak memakai uniform bagi mengelirukan peniaga yang sebelum ini menggunakan khidmat ‘tonto’ untuk megesan operasi MPKB-BRI.

"Kita akan mula intip dan kumpul maklumat sebanyak mungkin premis-premis yang tidak mematuhi arahan ter sebut. Operasi kelak turut melibatkan Majlis Agama Islam Kelantan bagi menangkap pesalah-pesalah ini yang jelas mencemarkan kesucian bulan mulia ini," ujarnya kepada aku..

Menurutnya, tindakan itu turut melibatkan pengusaha-pe ngusaha bukan beragama Islam yang perlu mematuhi larangan tersebut yang cuma berkuatkuasa pada bulan Ramadan ini.

ps: jangan sampai kantoi

Aku dan Radio


Aku tak pernah berlakon secara serius..tak pernah terima tawaran mana-mana pengarah yang tersohor...berlakon main-main ada la..
Kebetulan..ada rakan sekumpulan menawarkan kepada aku untuk jadi 'pelakon' iklan..siap dengan bayaran..seronok la aku..buat kerja ada bayarannya..tapi 'iklan' ni tak tunjuk muka..cuma guna suara saja..hehehee..iklan radio la...

Aku bukan nak glamor tapi bila orang dah offer, tak nak jual mahal..siapa la aku nk buat semua tu..rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..

Jadi...sesiapa mungkin ada terdengar iklan ni..yang cuma hanya kedengaran di corong radio menggunakan frekunesi berkiblatkan siaran-siaran radio kerajaan..ada dalam dialek Negeri Sembilan, Melaka..ataupun..satu 'line' yang panjang..ha..tula suara aku yang tak sedap..

Selamat Mendengar...

ps: Bank ******, Bank Pilihan Anda...

Saturday, August 9, 2008

Aku dan Bola Sepak


Memetik cakap-cakap orang yang biasa kedengaran..Bola Sepak adalah bahasa dunia..apabila ia tiba, semua orang akan bercakap mengenainya..aku turut angguk kepala..angkat tangan..tanda menyokong..sebab aku pun gila dengan permainan ini...disebab bola sepak ini, orang asing jadi kawan..musuh jadi kawan..kawan sendiri pun boleh jadi musuh..


Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal permainan, aku cerita pasal dua kejadian yang modus operandi yang sama, terjadinya ketika aku bermain permainan ini..


Alkisah, aku bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sepakat memilih malam ISNIN, setiap minggu, sebagai hari untuk menunjuk bakat masing-masing dalam Futsal..tepat jam 9 malam, setiap pemain perlu menampakkan kaki, tangan dan tubuh badan di tempat yang ditetapkan..cukup orang (10 orang), maka berlangsung la permainan yang kebiasaannya diiringi dengan hilai tawa..


Nak jadikan cerita, pada kejadian yang sama, dalam keseronokan aku sibuk menahan gelak sambil mengelecek bola, tanpa disedari rupa-rupanya telefon bimbit (HP) aku berbunyi, tanda ada panggilan masuk..ketika itu waktu menunjukkan jam 9.30 malam..apabila habis bermain, tengok HP berderet pemberitahuan 'panggilan tidak berjawab (miss call la)..ada 15 miss call..aku tengok nombor..aku kenal akan nombor itu..kebetulan..2 rakan syarikat turut mendapat panggilan yang sama yang tidak berjawab..20 miss call..gila apa...sedang sibuk aku berborak melepas penat lelah, HP berbunyi lagi..nombor yang sama..lantas aku menjawab dengan panjang lebar..perbualan berlaku seperti suami nak cover line sebab kantoi pergi dangdut..selepas panggilan itu tamat, secara tak sedar aku call ada mamat ni, puas la aku maki hamun..ada sebabnya..


Kejadian yang sama turut berulang lagi seminggu lalu...cuma yang agak berbeza aku menerima MEMO pada keesokan harinya yang berbunyi seperti..


LUKMAN, ******.SAYA tidak tahu mengapa panggilan daripada saya ke telefon bimbit saudara berdua pukul 9.50 malam tadi tidak dijawab. Berulang kali dihubungi tetapi masih tidak dijawab.Terutama sekali saudara Lukman kerana ada soalan penting mengenai story saudara yang perlu penjelasan segera.DIHARAP PERBUATAN SEPERTI INI TIDAK BERLAKU LAGI KERANA IA MENJEJASKAN TUGAS SAYA DAN MENUNJUKKAN KELEMAHAN SAUDARA.JIKA PERBUATAN INI MASIH BERLAKU JUGA SELEPAS INI, SAYA TERPAKSA AMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.TOLONG BERI KERJASAMA SAUDARA KERANA SELAMA INI SAYA LEBIH BANYAK DIAM DARIPADA BERSUARA.DARIPADA *****.


Lantas aku membalas MEMO itu dengan menjawab seperti di bawah..


DARI Luqman Hakim Ab. Rahim
TERLEBIH dahulu saya dan **** memohon maaf atas kesilapan untuk tidak menjawab panggilan tersebut pada malam semalam. Kami akui itu merupakan kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.
UNTUK pengetahuan En. ****, kegagalan itu berpunca saya sedang bermain futsal bersama rakan media yang lain pada tepat jam pukul 9.30 sehingga 11.30 malam (termasuk ****).
Ia merupakan aktiviti mingguan rakan-rakan media di sini yang hanya dibuat pada setiap malam Isnin (sekali dalam seminggu), namun pertimbangan untuk membatalkannya akan dibuat berdasarkan terdapatnya tugasan penting yang mengejut.
SAYA menyedari terdapat dua panggilan yang tidak terjawab (9.37 malam) sejurus permainan futsal itu tamat namun tidak mengetahui panggilan itu dibuat oleh En. **** sendiri.
Sekali lagi saya memohon maaf atas kealpaan tersebut dan berjanji untuk tidak mengulanginya semula.
Harap maklum, sekian, terima kasih.



Rasa-rasa dengan sopan tak aku menjawab memo ini..aku cuba tak nak bersikap kurang ajar..ada lagi aku nak tulis..antaranya..tak kan En **** nak suruh saya gantung HP saya kat leher sepanjang saya main futsal..


Malu aku tengok sikap sesetengah orang macam ni..nak kata aku salah, aku buat benda ni selepas aku habis waktu kerja..walaupun kerja aku ni sebenarnya tak menentu masa tapi dengan kebijaksanaan pelaksananya (aku dan orang-orang ***** ni), segalanya boleh diuruskan..yang peliknya, segala apa yang dia nak dengan menelefon aku tu, boleh dibuat lebih awal lagi...hairan aku kenapa sampai agak lewat malam baru dia nak call..


Geleng kepala aku tarik nafas panjang..


Halaman

Rumpun hijau memukau pandangan,

Danau terang gamitkan kenangan,

Halaman desa beri ketenangan,

Buatku lena keasyikan,

Kokokan ayam sahut-shutan,

Mengalunkan irama desa harapan

Aku makin khayal dalam keadaan ini,

Lama benar ini dipisahkan antara hiruk pikuk kota,

Dengan deruan hembusan insani desa ini,

Terlintas juga niat dihati, biar aku bersemadi di sini,

Aman abadi tiada kembali...

Aku dan Kota Bharu


Pejam celik, pejam celik, dah setahun aku bertapa di negeri yang cukup sinonim dengan gelaran Serambi Mekah ini..masa mula-mula dapat tau aku kena tukar ke sini, rasa macam nak pecah kepala..kebetulan masa tu dah ada benda yang aku fokus dalam kepala, tambah pulak dengan benda baru ni (kena transfer), lagi membuat darah muda aku tersirap..macam-macam soalan tertunjal dalam kepala ni, rasa macam nak meletup..antaranya, patut ke ketika itu, aku yang bodoh ni layak ditugaskan ke state..sampai rasa nak tumbuk orang pun ada masa tu (berani ke aku)...mengeluh, merenung panjang aku...apa-apa pun, aku terima ini sebagai CABARAN baru dalam hidup aku..(ayat retorik, abaikan)...

memulakan tugas aku di sini, rasa macam orang patah kaki nak berjalan semula..kekok aku..dengan suasana, persekitaran, kerenah dan yang penting dialek yang berbeza, serabut perut aku..terkapai-kapai la aku nak cari bahan, nak perkenalkan diri, nak kenal orang, nak kenal kawan-kawan sebidang..tergagap-gagap macam budak kecik aku bercakap..

tugasan pertama, kes jenayah rogol..budak bawah umur..yang buat benda tak senonoh ni..budak layan 'barang'..siap Ketua Polis (KP) Negeri turun sekali..geleng kepala aku..senyap je masa aku jumpa kakak kepada mangsa..nak cakap pun takut-takut..simpati aku..dunia nak kiamat..'binatang' lebih ramai dari manusia..satu benda yang menarik aku nak kongsi jugak..aku kena tegur salam perkenalan dengan KP masa tugasan aku ni.."awat hang ni kecik sangat, betul ke keje ******," jerkah orang tua ni.."makan banyak sikit, kasi badan besar," tambahnya lagi...tak pasal-pasal aku jadi bahan pula masa tu..tapi aku mampu menguntum senyum..orang mula mengenali aku..

Bertugas di negeri ini rasa berlainan ketika aku di HQ..aku tak tau la kalau state lain turut merasai pengalaman yang sama..dalam satu-satu tugasan yang melibatkan program atau lebih senang kata, majlis formal, orang macam aku ni kena terhegeh-hegeh nak dapat bahan yang basic (sape kerja ni, tau la makne ayat aku ni)..organizer layan pun macam acuh tak acuh..aku jadi pelik..berbeza di HQ, orang kerja macam aku ni disuap macam-macam (bukan makanan, bukan hadiah) sampai tak larat nak hadap..layan pun macam raja..kalau ada organizer buat macam ni, sah la kena sumpah seranah..entah..bukan niat nak tuding jari pada siapa-siapa...aku bukan nak mintak layanan macam raja..cuma, profesional dalam memberi kerjasama..aku ni nak buat tugasan..untuk hebahan..untuk kebaikan bersama..tapi kalau aku sorang-sorang buat kerja, tak boleh jugak..menulis kalau bukan di kertas, nak tulis kat mana..tak kan nak tulis kat muka..

Lupakan benda tak best tu, cerita sedikit pasal member-member seangkatan aku di sini..rata-ratanya cukup menyenangkan aku..semua satu kepala..satu wawasan..menghasilkan tugasan yang terbaik..mudah aku nak buat kerja..tak buat kerja pun jadi mudah..seronok aku dengan mereka-mereka itu..biarpun pada mulanya aku agak kaku untuk bertegur sapa tapi lama kelamaan dah boleh tepuk dahi masing-masing...happening budak-budak ini..keakaraban itu diterjemahkan melalui hari keluarga yang berjaya dianjurkan baru-baru ini..semua rakan-arakan seangkatan, tidak kira-kira apa latar belakang logo..berkumpul semuanya..memang kemuncak segala-galanya..(macam AIM)..semua bertungkus lumus nak memastikan 'hari jadi' itu menjadi satu momen yang tidak aku dilupakan oleh sesiapa pun..aku bangga menjadi sebahagian daripadanya..


ps: Tabik hormat..Penghargaan untuk KAWAN...

Friday, August 8, 2008

aku dan Tugasan


Antara tugasan yang aku ingat la..sekadar untuk berkongsi...masa ni la..tengok gambar tuh..Tuhan saja yang tau betapa seksa nak kena masuk tempat ni..dah la jauh kat ceruk mana ntah..nak cari punya susah la..tiga kali berulang ke sini, hari berbeza, masa yang lain dan yang pasti aku tak pakai baju yang sama..


Bayangkan..setiap trip aku terpaksa spent masa sehari di tempat ini..balik office dah malam, bos pulak asyik dah siap ke aku buat benda ni..kalau orang tau la ke mana aku pergi, sah tak nak ikut..tapi sebab bos aku yang suruh, aku kena buat jugak..(gila kau nak melawan cakap bos)..


Hari pertama yang paling masak buat aku, sebab nak kena cari tempat ini..aku pergi 3 orang masa tu..berpusing-pusing, macam gasing dah kereta yang bawa aku..aku pun tak kira berapa orang dah kena soal macam polis dengan aku..dengan orang asli pun aku tanya..nasib baik aku paham butir perkataan yang orang asli ni tuturkan..rupa-rupanya..mereka juga mangsa keadaan..lepas aku hulur RM10 sebagai upah kepada 4 budak orang asli sebab jadi model dalam gambar, aku beransur..

Rata pusing lagi, baru la jumpa tempat ini..maka mula aksi aku bersama rakan aku yang tukang mengambil gambar ini..Haa..ada benda menarik aku nak kongsi ketika aku buat benda ni..kebetulan, sedang syok aku membuat tinjauan di samping tukang ambil gambar sedang asyik menekan button ye, ada orang datang sapa kami..."encik ni dari mana, buat apa datang sini, siap ambil gambar," ujar orang itu yang lengkap berjaket hijau. "kami student, dari fakulti Seni Bina Tanah, U.......M...datang sini nak buat tugasan," jawab aku selamba. naik pelik juga orang tu bila dengar jawapan aku..tapi terus aku buat tak paham..aku turun ke gigi air, ambil sampel sebagai bukti, pose gambar..selesai kerja aku, terus aku ajak member dengan driver yang sedang menunggu, cabut...


Esoknya, bila dah publish, melompat orang yang tegur aku semalam call office..hehehhee..berjaya jugak aku bohong sunat..maka, secara automatik aku berkejar semula ke tempat itu tapi kali ni ada authority yang ikut sekali..makan terbongkarlah segala-galanya..dah terang lagi bersuluh..sampai naik ke kerajaan negeri..barula tindakan diambil..tempat ni sekarang dah tutup..


Pada siapa-siapa yang tertanya apa yang aku merepek ni, aku cerita sikit sinopsisnya..mesti ada yang masih ingat ketika Lembah Klang menghadapi krisis air, berbau la, warna kuning la..haa..tempat ini antara puncanya..aku sekadar tolong tinjau je..


ps: aku tak suka mention details, pandai-pandai la korang nak baca..tak nak percaya pun aku tak kisah..

Aku dan Penulisan


Berputar semula pada hari pertama masuk ke pejabat ini..benda pertama yang aku kena buat..translation...aku ingat lagi..aku kena bikin ranking terbaru Sukan Tenis Dunia..nampak macam mudah..tapi bila nak jadikan bahan berita, punya susah..berkerut muka bos bila chek translation aku (bukan tak ok, tapi kurang ok untuk berita)...

Selepas itu, aku diberi tugasan luar..tugasan luar yang pertama, liputan orang (manusia) berlumba dengan kuda..aku fikir la, sah orang ni gila...semata-mata hanya nak cipta rekod..tapi bangga oooiii..dia boleh keluar surat khabar (hehehehee)..apa yang aku buat untuk tugasan ni, tengok saja..enjin aku belom panas lagi..masih blur apa nak kena buat..

Haa..lepas tu, baru aku kena buat sendiri..ni yang best nak cerita..secara tak sengaja, aku duduk dalam mesyuarat tertutup bersama Timbalan Menteri Pelancongan ketika itu, Datuk Lim Siang Chai...sepatutnya orang macam aku ni tak boleh masuk..tapi sebab aku ni blur, main redah aje, tiba-tiba boleh tercongok dalam bilik tu..Datuk siap tegur aku..'ha, ini kawan kita, bagus-bagus', (merujuk kepada tempat aku kerja la)..langsung tersengih aku..esok ye, aku dapat byline pertama selepas seminggu aku kerja..

Bertitik tolak itu, aku diberi peluang untuk tugasan-tugasan lain yang lebih mencabar antaranya mengetuai sebuah MEJA (kira macam unit)...konon ye senior la (entah, aku tak rasa pun camtu)..kenala aku buat macam-macam asignment..sampai satu peringkat, tiap-tiap hari aku punye tugasan macam sama je..siap ada orang kata aku punye asignment sampah...termasuk siri-siri penyiasatan dan penyamaran (macam polis pulak)..sehinggalah aku ditukar ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mengukuhkan operasi di sini (kata bos aku la, betul ke tak, jangan tanya aku)..

Banyak benda lagi aku nak kena belajar, lebih-lebih lagi benda sangkut paut MAHKAMAH..memang aku bodoh..jujur aku cakap..(ni dah reti sikit-sikit)..dulu masa di HQ, aku tak merasa buat benda ni..maklum la...tugasan diberi mengikut di mana letak ye MEJA seseorang itu...bila dah jaga state ni, semua benda kena buat..jadi all-rounder..letih jugak..tapi kalau play smart, letih tu tak rasa (pandai-pandai la nak hidup)...

Tapi..kesimpulannya aku masih baru lagi dalam kerjaya ini..budak baru belajar...masih nak merangkak..ada lagi selok belok yang aku tak tempuh lagi..hutang lalang yang aku tak tebas lagi..rimba sungai aku tak redah lagi...sekarang ni, aku sendiri tak tahu nak tulis apa, sampai BLOG ni pun jadi mangsa..siapa yang nak baca, bacala..aku tak larang..aku tak paksa..

ps: Jangan jadi blur aku kerja apa, lu pikir la sendiri (Nabil yang kata)

AKu dan Kerjaya


Jangan tanya aku kenapa aku pilih kerjaya ini..aku sendiri takde jawapan..nak kata aku minat, entah la,sampai sekarang aku sendiri tak tahu aku minat ke tak..masa aku datang interview dengan syarikat aku sekarang ni, siap aku berlawan cakap dengan panel-panel yang ada depan mata aku..ada ke tanya kenapa aku tinggalkan syarikat lama aku, nak masuk tempat baru, walhal di sana lebih bagus, gaji lebih besar, company pun ada nama.. "sini tawar kerja tetap, kalau tak, saya pun tak nak," selamba aku jawab...dengan latar belakang education aku yang berlainan, gagah juga aku masuk pintu pejabat kerja aku sekarang..tinggalkan tenpat kerja lama aku yang lebih tegap, ada nama, masyuk...(orang kata la)

Mak ayah aku sendiri terkejut dengan keputusan aku nak join bidang.."boleh ke kau buat," tanya ayah aku...angguk kepala saja aku..langsung berpesan la orang tua itu pada ku..."Takpe la, yang ni tawar tetap, cari pengalaman, cari landasan, ada change baik, cabut," pendek saja pesan orang aku ni..Apa yang aku fikir, nak cari rezeki halal..sampai masa aku nak kena sara keluarga..

Nak jadi cerita, dah dekat tiga tahun aku di sini, macam-macam aku tempuh..setiap apa tugasan yang aku buat, tersemat cantik dalam kepala ni..dari langsung bodoh dah jadi bawah sikit dari cerdik...dari kena herdik tiap-tiap hari, aku pulak herdik orang (betul ke ni)..dari berlari ke meja bos tiap-tiap hari, bos pulak datang cari aku..dari tiap-tiap hari tengok longkang, sampah, tempat letak kereta, orang berjudi, orang jual VCD dan DVD, orang suka mengampu (ooppsss), tengok orang bergaduh, tengok mayat, sampai jumpa pak-pak menteri..

Renung balik dalam-dalam, aku BANGGA dengan kerja yang aku pilih sekarang..meskipun pena aku agak terbatas..apa yang aku bangga..aku adalah sebahagian daripada SEJARAH...yakni..aku yang MERAKAM SEJARAH...

Aku dan Blog


tepat jam 11.03 pagi..Jumaat..8 Ogos 08..aku memulakan coretan dalam BLOG..tak tahu kenapa aku mesti ada BLOG..mungkin pengaruh membuat aku terikut-ikut..mungkin trend masa kini yang menuntut wujudnya BLOG picisan seperti aku ini..mungkin aku tidak puas..atau desakan nafsu aku untuk terus menulis melangkaui ruang yang telah diberikan pada aku sekarang....kemungkinan tetap ada..mmm..apa-apa pun aku memohon laluan..meminta ruang..menunduk kepala tanda hormat..agar BLOG ini diberi peluang sewajarnya..