Saturday, September 27, 2008

Aku dan Kepulangan




Setelah bertungkus lumus selama 27 hari aku berkerja dalam Ramadhan ini, tiba masanya aku pulang untuk agenda yang seterusnya..Berhari Raya..nak tunggu hari 'jadi' ni punye lama..punyelah seksa..nasib baik aku tak hitung..biarkan ia berlalu dan tiba di saatnya..

Segala persiapan sudah aku kemaskan..keperluan kerja sudah dilunaskan..apa yang diminta oleh bos-bos aku, sudah siap tersedia..aku berupaya memberi lebih daripada yang diminta..aku jadi suka pula...harap mereka suka dengan hidangan yang ada..

Esok, dalam tengah hari terik, aku akan bertolak pulang..meninggalkan Kota Bharu seketika..menyambut lebaran yang bakal tiba..di Hulu Langat, tanah tercinta....kampung kota berlatarbelakangkan desa..hiruk pikuk itu tenggelam dalam bisikan buananya...tempat darah keringat aku mengalir..peluh nakal aku tersembur laju..aku rindu tanah ini..keramatnya masih tersisip rapi dalam jasad ini..

Hulu Langat..tunggu..aku cabar kau..

Monday, September 22, 2008

Aku dan Raya

Kepala ni dah mula berpinar dengan semua yang kaitan dengan raya..bermula dengan Hari Raya..mula nak fikir persiapan untuk Raya..nak kena ada baju Raya..seluar Raya..kasut Raya..kalau aku sorang, takpe gak..kemudian nak kena fikir pasal kuih Raya..nak jamu orang datang beRaya ke rumah..

Budak-budak yang paling seronok time ni..masing-masing sibuk duk kira duit Raya..peruntukan wang setahun sekali ini pasti ada..wajib tersedia..aku pun tak nak estimates berapa..biasa, pasti perbaih jugak la untuk benda ni..

Aku pun baru lepas prepare kereta untuk Raya..kena servis..check situ, check sana..bawah, atas, dalam, luar..lebat jugak duit keluar...semua nak kena tip top..sebab kereta aku nak jalan elok di jalan Raya..nanti nak tempuh lebuh Raya lagi..semua jalan tu jabatan kerja Raya yang buat..kalau aku tak buat kereta elok-elok, silap hari bulan, kang ada pulak yang jadi hantu Raya..

Ada juga yang tak pening masa-masa nak Raya ni..nak tau apa..lagu Raya la..semua dah sibuk dok main lagu-lagu Raya..seronok wei...banyak lagu favourite aku..hilang semua 'pinar' di atas-atas itu..

Sunday, September 21, 2008

Aku dan Nasyid


Lewat petang ini aku terperasaan berita ini di akhbar itu..memang menarik dibaca..memang cantik untuk difahami..memang bermanfaat jika dikupaskan..memang luas ilmunya jika berpengetahuan..

DALAM pada karyawan kita bising-bising mengenai lambakan karya Indonesia di Malaysia, Diva rasa kumpulan nasyid tersohor kita, Raihan, macam tak tergugat langsung..Masakan tidak, sudah masuk tahun kelapan Raihan menjadi tetamu kehormat di Indonesia setiap kali Ramadan. Macam tahun ini, Raihan ligat mengadakan persembahan mega di republik tersebut selama 2 minggu.
Yang istimewanya, Raihan bukan dipanggil sebagai penyeri persembahan sebaliknya menjadi kumpulan penting pada setiap persembahan yang antaranya menyaksikan mereka berkongsi pentas dengan kumpulan Gigi, Ungu serta Opick - petikan Kolum Diva La Vida - Kosmo!



Hebat bukan kumpulan nasyid ini..dari mula kemunculan sehingga sekarang, aku cukup mengkagumi mereka..nasib la SMS sekarnag ni cukup popular..kalau tidak, aku rasa belum ada sesiapa yang boleh 'beat' jualan album pertama kumpulan nasyid ini..buat kerja amal, senyap-senyap je..sedar-sedar, dekat Royal Albert pun kumpulan ini pernah buat persembahan..depan Ratu Elizabeth pulak tu..merata kumpulan ini berjalan dengan kalimah Tuhan..

Bercakap dalam makna yang lebih luas, aku suka bila orang buat kebajikan tanpa ada yang mengetahui..yang boleh jadi heboh apabila ada mulut-mulut yang memperkatakan mengenainya..sama ada tafsiran yang baik atau sebaliknya..bukan kebaikan yang suka ditunjukkan..kebaikan yang dinilai dengan WANG RINGGIT..kebaikan yang dinilai dengan MATERIAL..sampah semuanya ini..sayang..ada manusia yang sempit fikiran..

Aku dan Selingan

Boleh buat hilang lapar baca benda ni..Tak caya cuba lah..


01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI



manlukeman: Sekadar baca saja..

Saturday, September 20, 2008

Aku dan Balik Kampung

( Ini driver alternatif untuk kereta aku..ada sesiapa nak tumpang)




Perjalanan jauh tak ku rasa..Kerna hati ku melonjak sama..

Ingin berjumpa sanak saudara..yang selalu bermain di mata..



Nun menghijau ladang gunung dan rimba..Langit nan tinggi bertambah birunya..

Deru angin turut sama berlagu..semuanya bagaikan turut gembira..



Balik Kampung..hohoho, balik kampung..

hohoho balik kampung...hari girang..



Terbayang wajah-wajah yang ku sayang..satu-satu tersemat dikalbu..

pasti terubat rindu dihati..menyambut kepulangan ku nanti..



................................................................................................................................................................



Meriah dengar lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad ni..orang yang duduk kat perantauan macam aku ni, lagi la seronok..menghitung la hari tanpa aku sedar..nak sangat balik untuk tujuan yang bermakna ini..setakat nak balik bodoh-bodoh sebabnya, bukan la peel aku..



Tarikh dan masa pun dah ditetapkan..sampai ketikanya, aku akan pulang..mohon kepada Yang Esa permudahkan perjalanan aku..Moga selamat semuanya..Amin..

Aku dan Isi Kertas

Kertas itu semakin hari semakin berwarna isinya..hitam...putih...kelabu..atau..tanpa warna..pelbagai corak dicoretkan..melintang..menegak.mendatar..menjunam..bagi yang mampu untuk merasa, deria juga menafsirkan ribuan perasa..manis..masin..masam..pahit..

Jutaan manusia menatap isi kertas itu..selalunya kerut wajah serius membaca butirannya..semua mahu tahu..tidak mahu ketinggalan..apa yang berlaku semalam atau akan datang..tidak kira sama ada isinya itu realiti atau hanya fantasi 'tulisan' semata-mata..asalkan gian menatap isi kertas itu terlepas..

Dengan membaca, timbul pula seribu tafsiran..seribu taksiran..baik yang tersurat mahupun yang tersurat..dari isi kertas itu juga, timbulnya pelbagai watak-watak itu..

Perlu diakui isi kertas itu besar natijahnya..ibarat perang boleh tercetus dengan kewujudannya..tidak kira siapa yang mencebik muka bila ditanya..adakah kau bersama isi kertas itu..peranan isi kertas itu tiada siapa yang boleh menafikannya..rakaman masa, sejarah tercipta..tanpa isi kertas itu, tiada siapa mahu terpedaya..

Sampai bila isi kertas itu akan menjadi peneman kepada manusia..ada yang kata tidak lengkap rutih harian tanpa kertas itu..ibarat makan nasi tidak berlauk..menjadi 'sarapan' pagi kepada kita..menjadi bahan ketika 'termenung'...walhal, ada yang lupa, jalur sekarang semain lebar..apa da..

manlukeman: susah aku nak merepek macam ni..

Wednesday, September 17, 2008

Aku dan Penyembah Syaitan

MOSCOW - Sekumpulan penganut penyembah syaitan memakan sebahagian daging empat remaja Rusia selepas membunuh mereka dengan menikam mangsa sebanyak 666 kali. Geng itu menikam sebanyak itu kerana percaya kepada angka tersebut, kata seorang anggota polis.

Seramai tiga gadis dan seorang remaja lelaki berumur antara 16 hinggga 17 tahun dipercayai dipaksa meneguk minuman keras sebelum kumpulan itu menyerang mereka.

Penganut ajaran sesat itu kemudian menyalakan unggun api di bawah sebatang pokok berhampiran tempat ibadat mereka di Wilayah Yaroslav iaitu 480 kilometer ke timur laut Moscow.

Suspek memanggang dan memakan tubuh mangsa. Namun sebahagian mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada jun lalu iaitu Anya Gorokhova, Olga Pukhova, Varya Kumina dan Andrei Sorokin akhirnya dijumpai semula pada bulan lalu.

Setelah menahan 8 orang bagi membantu siasatan kes tersebut, pihak polis menyedari bahawa semua yang terbabit seperti orang yang sudah hilang akal dan tidak siuman serta diketuai oleh seorang ketua, Nikolai Ogolobyak.

"Syaitan akan menolong saya untuk mengelak daripada bertanggungjawab, saya banyak berkorban demi dia," ujar seorang suspek ketika disoal siasat.

"Saya berdoa kepada Tuhan tetapi dia tidak memberi sebarang wang lalu saya menyembah syaitan," kata seorang lagi ahli geng sesat itu - Agensi


manlukeman: nak je aku tanya " Kau sembah syaitan tu, ada dapat duit ker," sambil ku sepak terajang mangkuk ayun suspek ni..

Tuesday, September 16, 2008

Aku dan Titah Raja

IPOH - Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru barisan kepimpinan negara supaya berhenti bersengketa sesama mereka dan sebaliknya menumpukan kepada usaha membangunkan sumber negara bagi kesejahteraan rakyat.
Baginda bertitah dunia sedang menghadapi iklim ekonomi yang suram dengan kenaikan harga minyak dan makanan yang memerlukan kerajaan memastikan bekalan makanan terjamin, meningkatkan produktiviti, menyakinkan pelabur dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meringankan tanggungan rakyat.
“Ia merupakan cabaran besar kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Ia tidak akan dicapai melalui retorik politik semata-mata.
“Ia tidak akan dicapai jika di kalangan barisan kepimpinan, baik yang berada di dalam atau di luar kerajaan terus bersengketa,” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-162 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Raja Dr Nazrin bertitah suasana muram ekonomi dunia memerlukan para pemimpin mentafsirkannya sebagai cabaran terhadap negara dan bangsa yang memerlukan mereka bersama-sama menumpukan fikiran dan usaha untuk melaksanakan kerja yang produktif.
“Jika cabaran berat ini gagal ditangani, dibimbangi kestabilan dan ketenteraman negara akan terjejas; segala kejayaan yang telah dicapai sejak 51 tahun merdeka akan turut hilang dan pupus,” titah baginda.
Titah Raja Dr Nazrin, semangat Ramadan sebagai asas membina akhlak mulia, disusuli semangat Syawal membina persaudaraan, hendaklah diterjemahkan dalam urusan harian berkeluarga, bermasyarakat, berkerajaan dan bernegara.
“Begitu besar nikmat jika perpaduan dapat dipupuk, malah rahmat akan dilimpahkan di kalangan warga dan negara yang berada dalam harmoni; disebaliknya persengketaan akan berakhir dengan perpecahan hingga kemakmuran tidak mungkin tercapai,” titah baginda.
Raja Dr Nazrin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyeru barisan pemimpin Islam dan Melayu untuk menunjukkan sebaik-baik contoh teladan, menyemarakkan semangat persaudaraan, memperkukuhkan perpaduan, memberhentikan pertelingkahan dan menumpukan perhatian membangunkan kesejahteraan ummah.
“Perbezaan pendekatan dan kaedah, kelainan fahaman dan tafsiran, jangan sampai ke peringkat umat Islam dan orang Melayu berpecah dan terpisah, berpatah arang dan berkerat rotan, hingga yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu,” titah baginda.


manlukeman: Daulat Tuanku

Aku dan Watak-Watak Itu

Secara tiba-tiba tanpa ada yang sedar, semakin banyak pula di negara yang penuh aman ini munculnya badut-badut untuk menghiburkan khalayak rakyat...kewujudan mereka dengan lawak dan jenaka yang cukup menghiburkan..ramai yang mengakui cukup terhibur dengan persembahan yang dipertontonkan..

Butir-butir lawak dijaja ke sana-sini..mengharapkan hilai tawa penonton..seantero Malaya sudah tahu..yang lebih melucukan, kemunculan badut-badut ini bukan berseorangan atau one man show..mereka juga tetap disokong oleh tukang karut-marut yang petah juga berkata-kata..semakin rancak persembahan mereka..Jenaka yang diselang seli dengan percakapan tukang karut..cukup menggeletek usus perut sehingga ke medula oblangata..

Tidak lupa, ketika persembahan disajikan, golongan ini juga turut membawa haiwan peliharaan masing-masing..anjing..untuk menyalak bukit..menghebohkan apa yang ingin disampaikan..maka bergema seluruh alam salakan anjing-anjing ini..

Kompang dipalu...gendang bertalu-talu..mercun meletup sahut-sahutan..berbelit-belit lagu dimainkan..seronok agaknya persembahan ini..hairan juga melihat senario ini..ada yang terhibur..ada juga yang menggeleng kepala..tak kurang juga yang tidak faham apa yang cuba ingin disampaikan oleh watak-watak ini..

Ketika ini, aku mula berfikir kebelakang..terkenang watak Hang Tuah..yang cukup taat setia kepada baginda Sultan..Hang Jebat, penegak keadilan meskipun ditentang hebat..Tun Perak, cukup bernas buah fikirannya memberi nasihat..Tun Mutakhir..pembelot bertalam dua muka, menjual negara...Patih Karma Wijaya, si kaduk naik junjung yang lupa dimana bumi dipijak..

Akhirnya, aku juga ingin tahu, siapakah yang akan dinobatkan sebagai aktor komedi terbaik..aktress komedi terbaik, pembantu komedi terbaik, skrip komedi terbaik dan cerita komedi terbaik..pastinya mereka juga ternanti-nanti anugerah ini disampaikan..

manlukeman: aku lebih suka memerhati

Monday, September 15, 2008

Aku ,Jam dan Tarikh



Aku ingat la ada yang tak kena dengan jam di pc aku ni..macam salah je..setiap aku ade buat posting, sure jadi lambat sehari tarikhnya..seperti contohnya, posting ni..dibuta pada tarikh 15 Sept..kira-kira pukul 12.55 tenghari..silap-silap jadi, lain pula yang keluar..sampai ada member bloggers aku tegur..kata aku 'kencing' dia..bengong la..hairan aku..bila tengok, ok je..

Ada sesiapa nak bagi bagi jawapan..

Sunday, September 14, 2008

Aku dan Pulau


Lama juga aku tunggu terbitnya cerita aku mengenai trip ke Pulau Perhentian ini..sebelum aku boleh merepek di blog cabuk ini mengenai trip aku ke sana..akhirnya semalam 'tubek' (keluar) juga..meskipun apa yang tersiar itu jauh daripada perancangan aku sendiri ekoran memenuhi tuntutan 'bos' tapi aku tetap berpuas hati dengan hasilnya..

Kalau ikutkan, aku sendiri tak pernah pergi ke sini..tiba-tiba pula dapat tawaran..dah la last-last minute..rakan sekerja aku, Khairi Mohamad demam teruk pulak..walhal dia yang heboh sangat nak pergi..memang kerja gila..kebetulan ketika itu keadaan agak tidak mengizinkan tapi nak buat macam mana, demi tugas, sesiapa harus faham akan tuntutan 'amanahnya'..

Kau kena pergi scuba diving! Kecut perut aku dengar ayat yang berupa arahan ini. Memandang ini adalah pengalaman yang jarang dirasai, agak ragu-ragu juga aku untuk me nerima pelawaan yang dibuat oleh syarikat korporat, Panasonic ini menyertai penyelaman dasar laut di Pulau Perhentian.
Pelawaan ini merupakan julung-julung kali dibuat oleh sya rikat korporat ini yang cukup aktif dalam menjalankan aktiviti pemuliharaan hidupan marin. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pihak media hanya datang semata-mata untuk melihat apa yang dilakukan oleh mereka (Panasonic) dan kemudian menulis, pendekatan kali ini cukup berbeza dengan mengajak 15 war tawan media cetak dan elektronik untuk turut sama melakukan penyelaman dasar laut.

Penyelaman dasar laut atau lebih dikenali sebagi ‘scuba diving’ bukan sesuatu perkara yang mudah serta boleh di pandang enteng. Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang itu perlu mempunyai lesen daripada badan yang diiktiraf seperti Profesional Association Of Diving Instructors (PADI) atau sebagainya dengan perlu menerima latihan daripada jurulatih selam bertauliah. Tersilap langkah, padah mungkin menanti.Selama empat hari tiga malam, aku bertapa bersama jurugambar, Hafiz Johari serta rakan-rakan media yang lain bagi merasai nikmatnya penyelaman dasar laut dengan ma sing-masing diberi tunjuk ajar oleh jurulatih latih selam da ripada Universal Divers dan Trigger Divers yang diketuai oleh Feuzi Dikici serta Janson Gan Jitseong. Rasa cukup bertuah meskipun tanpa lesen, boleh juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti penyelaman dasar laut.Pada hari pertama aku didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai peralatan menyelam selain kepentingan ber kaitan silinder udara, pakaian dan sebagainya. Kemudian, tiba peringkat seterusnya iaitu praktikal di laut. Saat ini merupakan detik yang cukup bersejarah bagi aku apabila tubuh ini ‘disarungkan’ dengan peralatan menyelam scuba. Memandang kan di dalam air nanti pastinya sesiapa pun tidak boleh bercakap, diajar bahasa isyarat bagi memudahkan pergerakan menyelam kelak.

Bernafas di dalam air menggunakan bantuan tabung gas oksigen rasa cukup tidak selesa sehingga Hafiz mula putus asa untuk meneruskan latihan. Kata Hafiz, masalah resdung yang dihidapinya membuatkan dia mudah untuk bersin di dalam air namun atas nasihat bernas daripada Janson, masalah itu berjaya diatasi.

Sampai masanya, aku bersama yang lain dibawa menyelam ke dasar laut di Teluk Kekek dan Taman Marin sedalam lapan meter bagi menikmati panorama dan keindahan khazanah laut yang penuh dengan misteri. Di sini juga terletak 15 tukun tiruan yang ditanam oleh Panasonic sejak tiga tahun lalu bersama-sama ratusan hidupan marin terdiri daripada terumbu karang serta pelbagai spesies ikan yang menjadi harta karun kekal di sini.
Aku juga bertuah apabila bertembung dengan seekor jerung ketika sedang asyik menikmati alam marin di situ. Mujur teringat kata seorang jurulatih selam, Chu San, jerung akan menjauhi penyelam apabila bertemu sesama sendiri.

Pemandangan itu membuat aku lupa akan kesakitan mula menerjah telinga dan hidung akibat tekanan udara menjadi rendah. Kedua-dua masalah ini merupakan perkara biasa bagi penyelam. Mereka perlu tenang serta bijak untuk meneutralkan semula kandungan udara dengan teknik ‘menelan air liur’ bagi menghilangkan kesakitan itu. Setiap perbezaan tahap keda laman air, para penyelam perlu melakukan ‘tugas’ ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Jika ia berterusan tanpa diberi perhatian, penyelam mungkin boleh menjadi pe kak.

Ada juga rakan-rakan media lain kurang bernasib baik apabila menghadapi pendarahan hidung, namun ia tidak serius bagi membantutkan keazaman mereka untuk menyertai penyelaman pada keesokan hari.

Memasuki hari kedua, aktiviti yang dirancang oleh Panasonic bersama Trexx Tarvel bersempena Hari Pemuliharaan Marin 2008 dan mendapat sokongan daripada Jabatan Taman Laut (JTL), rakan media bersama-sama menyelam ke dasar laut untuk melabuhkan 24 tukun tiruan berbentuk piramid ber ukuran 6.1 meter di Taman Marin.

Turut serta ialah Penolong Pengurus Besar Penjenamaan dan Komunikasi Korporat Panasonic, Azizah Wahid yang sudah berkecimpung sebagai penyelam sejak 1997 lagi. Selain itu, JTL diwakil oleh pegawainya, Mohd. Nizam Ismail manakala Trexx Travel pula diketuai oleh Pengarah Urusannya, Raja Zarina Raja Sallehudin dan Pengurusnya, Ahmad Feisal Mohd. Zulkifli.

Tukun tiruan ini melengkap koleksi tukun di taman terumbu karang mereka sendiri yang kini berjumlah 62 buah. Sebelum ini, pada tahun 2005, Azizah memberitahu, Panasonic telah menanam 10 tukun tiruan di Teluh Pauh yang kemudiannya dialihkan ke Teluk Kekek pada 2006 bersama tambahan 10 tukun tiruan yang baru. Ia disusuli pada 2007 apabila sebanyak 13 tukun tiruan yang baru ditanam.

Dengan visi ‘Laut Kita, Tanggungjawab Kita’ program me nanam tukun ini yang merupakan aktiviti tahunan Panasonic yang diharap dapat membantu pembiakan terumbu karang yang kian pupus ekoran pembangunan pesat dan pencemaran zalim.

Program itu tidak berhenti setakat itu saja bahkan ra kan-rakan media diajak bersama-sama mengutip sampah yang terapung mahupun tenggelam di dasar laut sekitar Pulau ini dan Pulau Redang sebagai memastikan kesinambungan keindahan hidupan sini terus terpelihara.

Penghargaan perlu diberikan kepada Panasonic yang bijak memilih aktiviti marin sebagai tumpuan bagi merealisasikan tanggungjawab sosial korporat mereka apabila melihat te rumbu-terumbu karang mula membiak di sekeliling tukun tiruan yang ditanam.

“Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat. Takut juga satu hari nanti, langsung tiada terumbu karang di sekitar pulau-pulau di sini, jadi tak guna kalau kerajaan wartakan sebagai taman laut negara,” ujar Azizah yang berharap satu hari nanti, melalui aktiviti ini generasi muda akan berpeluang untuk melihat sendiri keindahan dasar laut yang penuh dengan spesies terumbu karang yang mempesonakan.

Friday, September 12, 2008

Aku dan Histeria

Naik hairan bin pelik juga aku semalam bila tiba-tiba kawan aku, Ustaz Mizi kata ada budak sekolah kena histeria..biar betul ni, ke ada orang nak buat lawak sebab tengah lapar berpuasa..dalam bulan-bulan mulia ni pun ada ke 'benda-benda' macam ni..takpa, yang penting, aku buat apa yang sepatutnya..

Aku, Mizi dan Hafiz orang yang terawal sekali sampai ke pintu pagar sekolah ini..memandangkan aku yang paling kecil saiznya, aku la yang kena masuk dalam sekolah untuk 'riki' apa yang berlaku..pemandangan pertama aku tertumpu kepada ke satu sudut bangunan sekolah ini..ramai budak-budak dengan uniform sekolah berkumpul..dengan cikgu-cekgi pun ada... " betul ada budak kena histeria ker," tanya aku kat seorang budak sekolah.." betul la abe," balas budak itu.

Aku terus masuk dan mula merayau-rayau sekitar sekolah macam aku sendiri yang terkena histeria..maka nampak la aku budak-budak perempuan yang sedang menangis..teresak-resak seperti bayi minta disusukan..ramai la yang berkumpul mengerumuni makhluk Tuhan yang terkena histeria ni..

Sekali lagi mata aku tertumpu pada seorang budak lelaki dengan tangan kanannya berlilit kain kuning..dia seperti sedang bercakap-cakap dengan seorang budak perempuan yang terkena..tertanya-tanya la aku apa ke hal la budak ni..hasil borak-borak aku dengan kawan-kawannya..budak laki ni memang pandai mengubat..pengetua sendiri pun kata begitu..takjub aku sekejap..bagos..elok la ada yang boleh membantu..

Selepas seketika, ada juga kedengaran budak-budak menjerit..menangis..berselang-seli..bersahut-sahutan..kehairanan aku terus bertambah..betul ke budak-budak ni..dalam sibuk aku dengan geng lain berborak dengan puan pengetua sambil ditemani dengan Pengarah Pelajaran negeri, ada juga yang pelajar melakukan perkara yang sama..

Serba sedikit fakta..30 pelajar perempuan yang terkena..dipercayai berpunca daripada seorang pelajar perempuan tingkatan 2..kena tegur dengan cikgu sebab tidur dalam kelas..langsung menjeliang dan terus menangis..tak tahu mana datang kuasa, tiba-tiba berjangkit pada pelajar yang lain.sebelum ni, budak ni pun tak berapa sihat..pengsan..kebetulan lagi..rata-rata pelajar yang terkena, pernah terkena juga sebelum ni ketika mengikuti perkhemahan badan uniform di Bukit Kluang..kebetulan lagi pula, sekolah ini bersebelahan dengan kubur lama..

Kita biasa diajar..ni pun ajaran agama..syaitan dan iblis terikat dalam bulan Ramadhan..tapi masih lagi tinggal jin dan makhluk halus yang lain..mesti ramai pembaca yang tertanya bagaimana kejadian ini boleh berlaku dalam bulan mulia ni..aku sendiri pun tak sebijak mana boleh menjawab pertanyaan ini..

Yang pasti, histeria ini..kalau seorang yang kena, kita tak panggil histeria..bila ramai, ia makin menjadi-jadi..yang kerap menjadi mangsa, perempuan..memang 'tradisional' la kumpulan sasaran ni..seperti juga yang terjadi di sebuah sekolah di Pahang itu..ada juga yang berkata-kata..lemah semangat..psikologi saja..betul la dia kena sampuk..tempat tu memang keras, ada penunggu, tempat 'buangan'..ala, saja tak nak puasa...dia orang saja nak seronok tuh..macam-macam buah mulut orang..ikut la apa hangpa nak kata..aku cuma harap benda ni tak berulang je.

Thursday, September 11, 2008

Aku dan Berbuka Puasa Gang Media

Gambar: Hafiz Johari








Ramadhan ke-9, sempat juga gang aku buat majlis ini..seronok juga dapat juga aku bawa yang tersayang..rajin puak-puak ni nak bikin majlis..seminggu je plan..yang buat kerja sorang je..jadi ni ha..Terima kasih juga untuk Komander Unit Pencegah Penyeludupan Kelantan, Tuan Mazlan Che Hamid kerana sudi datang..
manlukeman: punya seronok, sampai aku makan pun kurang..hehehehee

Aku dan Stok Raya

Sekarang aku sedang mengusahakan 'stok raya'..sebagai bekalan muka surat '12' kesayangan aku..selain pengisian muka surat bertaraf nasional..memandangkan bulan puasa ini ibarat kesemuanya berpuasa, maka susah la nak bikin story..

Perkara ini biasa dituntut setiap tahun lebih-lebih lagi menjelang antara sambutan besar dalam agama Islam ini..setakat ni aada juga yang aku dah dapat..ada 5..kalau ikutkan, kena ada 6, baru kononnya cuti raya diluluskan..kalau tidak jadi sebaliknya..rasanya tahun lepas, sepuluh story aku hantar, langsung pun takde nak bagi kredit..diktator juga bos aku kat KL tu..takpela..kerja makan gaji..siapa bos, dia lebih berkuasa..

Selain itu, ada juga stok raya yang perlu aku perlu kumpulkan..aku ingat la siapa yang duduk di negeri ini memang cukup popular dengan benda-benda macam ni.."nanti balik, tolong beli ni, tolong beli tu, tolong beli di sini, tolong beli di sini, jangan lupa bawa tu, jangan lupa bawa ni.."...antara yang acap kali didengar setiap kali mahu berangkat pulang dari tanah perantauan ini..

Seronok aku nak 'adakan' semua tu..seronok aku tahun ini dapat balik raya..tahun lepas, aku di sini..kali pertama aku beraya di perantauan..aku mahukan perasaan itu..kalau dulu, raya Wurban saja aku berada di perantauan..terasa syahdu dalam hati tanpa siapa yang tahu..aku hanya tersenyum seperti biasa menuruti rentak permainan..yes..i'am the best player..

Aku tengah congak-congak diri aku sendiri..muat tak 'baju' aku nak pakai ni..jangan sebab raya, habis 'besar' atau 'kecil' baju yang aku nak pakai..takpa..yang penting ikhlas..biar orang tak nampak pun takpa..siapa 'orang' nak nilai ikhlas tuh..Tuhan itu adil..Maha Besar..Maha Kaya..Maha Berkuasa..aku doa selamat semuanya..

Monday, September 8, 2008

Aku dan Orang Kurang Upaya

Gambar ihsan - Hafiz Johari

Semalam..aku saja nak pergi ikut kawan-kawan untuk ada satu tugasan yang cukup popular bila tiba bulan puasa ni..melawat orang susah..lama jugak la nak tunggu YB sorang ni..dekat setengah jam..lepas tu baru la tau silap tempat..ceh

Cukup intro ni..sebenarnya aku nak cerita pasal orang yang aku jumpa ..Nik Fatihah Fatin Nik Ismail, 17...sedap nama dia..budak ni golongan kurang upaya..dijaga oleh Rohani Adam, 40..aku tumpang simpati pada Fatin..tapi aku cukup terkesima dengan Rohani...Biarpun Fatin bukan anak kandungnya, dia masih sanggup menjaganya macam anak sendiri..si Fatin ni ditinggalkan oleh mak kandungnya kepada Rohani ketika umur 8 tahun..terkejut aku dengar cerita si penjaganya ini..apalah agaknya mak kandung si Fatin ni fikir masa dia tinggalkan anaknya ni..

Aku takjub dengan dengan Rohani..meskipun mempunyai empat anak dan hidup dalam kekurangan, Rohani Adam tetap tabah menjaga Fatin.Sifat keibuan yang menebal menyaksikan Rohani yang juga ibu tunggal sanggup menjaga Nik Fatihah yang cacat peng lihatan serta lumpuh sejak ditinggalkan ibunya sembilan tahun lalu.

Kata Rohani, mula-mula ibunya minta tolong jadi selama dua hari..alih-alih lepas itu, langsung tak datang..sampai la sekarang, langsung takda khbar berita dari ibu kandung Fatin..Rohani tau dia masih hidup dan berada di Kota Bharu..cuma jadi tertanya-tanya mengapa si ibu tidak datang menjenguk anaknya..

"Saya tetap bagi pada ibunya semula, saya faham perasaan itu, saya bersedia menghadapinya," jawab Rohani ketika diajukan soalan samaada akan menyerahkan Fatin kepada ib kandungnya yang berkemungkinan secara tiba-tiba datang menuntut anaknya.

Lama aku perhatikan umat Tuhan dua orang ni..sungguhpun Fatin tak boleh bercakap, aku tahu dia seronok dapat kerusi roda..aku tau dia cukup sayang pada Rohani melalui 'bahasa' mata yang ditunjukkan..aku kagum dengan kejadian Tuhan ini yang mempertemukan mereka berdua..mungkin ada hikmah di sebaliknya..

manlukeman: Aku sayang emak aku dan insan bergelar emak@mama@mami@umi@ibu

Sunday, September 7, 2008

Aku dan Laut

Gambar ihsan (Hafiz Johari - Photographer Utusan/Kosmo!)

RAMAI rakyat negara ini yang tidak mengetahui secara terperinci mengenai kawasan perairan laut yang penuh dengan pelbagai khazanah alam marin memandangkan masing-masing merasakan tiada kepentingan terhadapnya. Apa yang mereka tahu, kawasan-kawasan itu akan menjadi destinasi percutian bersama keluarga apabila tiba musimnya.

Kawasan perairan negara meliputi kawasan seluas 614,000 kilometer persegi namun apa yang agak memeranjatkan hanya 2,300 kilometer persegi (0.37 peratus) saja yang digazetkan sebagai Taman Laut dan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada kerajaan. Ini bermakna selebihnya kawasan seluas 611,700 kilometer persegi berdepan dengan pelbagai ancaman anasir jahat untuk memusnahkannya.

Meskipun dengan penubuhan Jabatan Taman Laut (JTL) pada tahun 1994 yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 41 sehingga Seksyen 45 Akta Perikanan 1985, namun usaha untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan eko sistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna masih lagi jauh.

Dengan rasa rendah diri, perkara itu diakui oleh Pegawai JTL, Mohd. Nizam Ismail yang menggangap usaha ke arah itu hanya ibarat bayi masih belajar bertatih. Katanya, dengan kawasan seluas 2,300 kilometer persegi, hanya 40 buah pulau saja yang diwartakan sebagai Taman Laut, dua pulau di Sarawak diwarta sebagai Kawasan Larangan Perikanan dan 11 buah pulau di Sabah sebagai Taman Negeri berbanding jumlah pulau di negara ini sebanyak 882 buah.

“Kita sememangnya terdesak untuk mengenal pasti dan melindungi lebih banyak lagi kawasan perairan dalam me mastikan kemusnahan ‘isinya’ dalam dikurangkan,” ujar Mohd. Nizam.

Proses pewartaan sesebuah pulau itu bukan mudah, selain pelbagai kajian biologi marin perlu dilakukan bagi keperluan kelulusan, kerjasama kerjaan negeri dalam meluluskan ca dangan itu sangat dituntut. Kesedaran kebanyakan kerajaan negeri dalam hal ini masih baru, terbaru pada Februari lalu, Pulau Yu Besar dan Pulau Yu Kecil di Terengganu digazetkan sebagai Taman Laut.

Apa yang menarik dalam sepanjang kajian yang dijalankan oleh JTL dengan mengambil 16 sampel dari kawasan perairan meliputi Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Tinggi, sebanyak 16 spesies hidupan marin dan 158 spesies ikan baru ditemui yang masih belum direkodkan oleh mana-mana pihak.

“Bayangkan, dengan keadaan ini potensi untuk ‘harta karun ‘ untuk berkembang-biak masih tinggi dengan 42.2 peratus kawasan tersebut dipenuhi dengan terumbu karang dan ke banyakan tempat kajian yang dilawati, semuanya dalam kea daan baik dan ‘sihat’,” kata Mohd. Nizam.

Hakikatnya, sebarang tindakan yang lewat ke arah usaha ini sememangnya mengundang padah. Menurut Mohd. Nizam, sehingga kini 23 peratus spesies tumbuhan karang di negara ini terancam dan berdepan dengan risiko kepupusan.

Bercerita mengenai faktor penyumbang kepada kepupusan hidupan ini, kesemuanya adalah masalah ‘tradisonal’. Pem bangunan berdekatan dengan kawasan marin yang tidak te rancang, pencemaran laut, penangkapan ikan secara haram dan pengutipan sumber marin, masalah ini sudah acap kali di perkatakan sehingga boleh menimbulkan muak.

Menurut Mohd. Nizam, penguatkuasaan menjadi agenda kedua mereka sebaliknya program kesedaran kepada golongan sasar iaitu pelajar sekolah lebih penting memandangkan mereka akan menjadi pewaris kepada khazanah laut ini pada masa akan datang.

“Ini bukan bermakna kita tak buat operasi pencegahan dan penguatkuasaan langsung, ia tetap dijalankan cuma masih juga terdapat pihak yang tidak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama,” jelasnya.

Kalendar program JTL tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti dalam menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan pemeliharaan hidupan marin. Dalam masa terdekat ini, Prog ram Pembersihan Pantai akan berlangsung pada 3 September di Pulau Tinggi/Pulau Sibu, Johor dan 3 Oktober di Pulau Payar, Kedah yang membabitkan penyertaan orang awam. Ia disusuli Fiesta Laut 2008 pada 16 November sehingga 17 November depan.

habis

Saturday, September 6, 2008

Aku dan Mercun



Aku tak tahu la nak rasa bangga ke tak..tahun ni, kecederaan pertama melibatkan mercun pada bulan puasa, menjelang hari raya, berlaku di negeri ini..serentak dua orang budak..member aku, Khairi Mohamad yang bikin cerita ni keluar nasional tuh..yang sorang main mercun bola..yang sorang lagi mercun buatan sendiri..nasib la tak jadi korban..alahai..budak sekarang makin berani..agaknya masing-masing dah dapat imu kebal daripada mak bapak...

Aku sendiri masa budak dulu main mercun....bermula dengan mercun beli sehinggalah mercun buatan sendiri, semua aku rasa..ada gak yang meletup kat tangan aku, meletup dalam baju..terbakar baju orang..terkena anggota badan orang..cuma bernasib baik aku tak jadi seperti budak-budak lain yang keluar paper..seronok la masa tu wweeiii..

Orang kata..terutamanya budak-budak..takde mercun, tak meriah raya..betul ker ?? memang la betul..budak-budak yang paling seronok bila ngadap benda-benda ni..cuma, sikap terlalu berani budak-budak ni kadang-kadang boleh makan diri..aku sendiri cukup takut sekarang bila nak bakar mercun bola..berdesing wei telinga..macam bunyi bom tangan yang pernah aku baling satu ketika dulu..

Pasti ada yang pelik, macam mana mercun ni ada je bila sampai masa ye..entah dari mana datang..siapa yang bawak masuk..macam mana boleh terlepas..barang ada permintaan..biar sampai berenang sungai, mercun pasti akan dijual..macam aku duduk di negeri sempadan ni, memang seronok..macam-macam mercun yang tak pernah tengok ada depan mata..ini mercun bukan zaman aku..mengigil gak aku nak bakar sumbu ye..

Ikut la hati masing-masing..main mercun ni memang salah kalau ikut undang-undang..jangan main-main, kalau tak polis yang tangkap, Kastam pun boleh tangkap masa korang tengah main..berpada-pada lah ye bila bermain mercun..

manlukeman: aku nak main bunga api je..

Friday, September 5, 2008

Aku dan Minta Maaf

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan tertinggi UMNO di Pulau Pinang mengenai satu kaum ini..aku mulanya macam malas nak amik port..sampai peringkat ada orang menuntut individu ini meminta maaf..Aku terfikir, wajar ke individu ini membuat kenyataan maaf atas kepetahannya mengeluarkan ayat tersebut..
Aku pelik bila jadi macam ni, orang akan keluarkan macam-macam kenyataan..suruh mintak maaf..tarik balik kenyataan itu..walhal, bila difikirkan balik, apa yang individu ini cakap, ada betulnya..memang fakta..cuma, orang sasaran tidak dapat menerima kebenarannya..

Sebenarnya aku simpati dengan umat yang menuntut respon maaf ini..hakikatnya, mereka ibarat makan mempelam muda, terasa pahitnya..susah bagi mereka untuk menerima kepahitan itu..lebih-lebih lagi ia dinyatakan secara terang-terangan.sebaliknya mereka lebih suka kebenaran itu terpendam tanpa menjadi sebarang persepsi..kononnya, mereka sedar siapa mereka, biarlah mereka sendiri yang tau..tanpa perlu orang lain tegur..sedih aku..

Mula kompang dipalu..palumpang,palumpang,palumpang.heboh sana sini.macam dunia nak kiamat.Lantang sungguh menyuruh meminta maaf...Kenapa perlu ia dibuat, apa kepentingan maaf itu dibuat..apa betul yang dibuat itu salah sehingga perlu meminta maaf..sedang aku belek paper Utusan Malaysia hari ini (5 Sept 08), mata aku tertumpu pada satu berita yang aku rasa menarik..sewajarnya kenyataan ini ditonjolkan dengan sebaik mungkin..bagi membuka mata semua orang..

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
''Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
''Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut," katanya.



Aku secara jujurnya suka baca berita ini...aku turut bersetuju dengan kenyataan ini..aku suka akan berita..ingin aku tegaskan, aku memandang isu ini dari sudut berbeza..jauh sekali daripada yang nampak tersurat..bukan niat aku membakar api yang kini sedang marak..aku mahu tersenyum apabila ada orang yang nampaknya sependapat dengan ku dari satu sudut idea..

manlukeman: aku tetap hormat Tun Dr. M

Tuesday, September 2, 2008

Aku, Terawih dan Bersenam

Siapa kata bulan puasa tak boleh bersenam..keluarkan peluh...ramai orang sempitkan kepala otak hanya fikir bersenam itu melibatkan aktiviti seperti jogging..jadi, mereka fikir bulan-bulan puasa ni tak boleh buat semua benda tuh..

Kalau ikutkan, bulan puasa nila berat badan boleh naik mendadak kalu tak betul-betul jaga..mau tak ye..masa berbuka terus melantak macam seminggu tak makan..masa membeli juadah, semua bentuk,jenis makanan nak sebat..jadinya, tak boleh bersenam, berat badan boleh naik secara tidak disedari..

Solat Terawih..berapa ramai sangat yang sedar solat ini juga merupakan sebahagian daripada bnetuk senaman dalam bulan Ramadan mulia ini..bayangkan, sebanyak 20 rakaat (tambah 3 untuk solat sunat withir) anda perlukan tenaga untuk bergerak menyempurnakan amalan sunat ini..meskipun tak berpeluh (kalau masjid@surau ada aircond) tapi ia boleh menyegarkan badan yang malas dan membkar metabolisme badan selepas menjamu ketika berbuka puasa...

Tapi..tak ramai budak-budak sekarang atau orang dewasa yang rajin nak turun solat terawih..masing-masing dengan agenda tersendiri...walhal, kalau diikutkan masa nila surau dan masjid menjadi seperti 'pesta'..tetamunya tiba-tiba menjadi ramai..kelihatan la budak-budak kecik yang datang..bukan untuk solat tapi 'memeriahkan' suasana..pelbagai majlis dibuat..tadarus Quran, ceramah agama, tak lupa juga antara yang ditunggu..Moreh..menu apa la yang dihidang untuk moreh hari ini..

Aku teringat zaman puasa budak-budak..cukupla seronok..macam-macam benda aku buat masa ni..aku suka datang ke surau..syukur aku kurang 'memeriahkan' suasana surau..aku datang untuk tunaikan tanggungjawab sebagai umat Tuhan..mungkin juga sebab bapak aku sendiri garang..dia sendiri orang surau..

Monday, September 1, 2008

Aku, Setahun dan Ramadhan

Bulan lalu genap aku setahun di bumi Cik Siti Wan Kembang..aku sendiri dalam keterpaksaan untuk menerima kerja di sini, dah setahun aku di sini..dan sekali lagi aku bertemu Ramadhan di sini..aku mula terkenang, apa juadah pilihan untuk berbuka puasa..

Tengok bazar Ramadhan di sini..agak berbeza dengan tempat aku di sekitar Lembah Klang..aku sendiri pun tak tahu kenapa..tapi kawan aku, Azran Fitri Abdul Rahim ada kata..yang ada di sini, hanya makanan tradisi orang sini..di tempat lain (negeri lain), pelbagai juadah tradisi dari Utara ke Selatan pasti akan menunggu pelanggan..

Aku ingat lagi Ramadhan yang lalu, hari pertama, aku membeli lauk sambal telur..bulat-bulat aku nampak biji cili dalam kuah tersebut..sah pedas, aku agak..tapi bila sampai masa berbuka, bila ku jamah, alahai..manisnya..inilah keistimewaan bumi Serambi Mekah ni..

Antara yang lain, ketetapan undang-undang yang melarang sebarang premis makanan di buka sebelum pukul 3..cukup benar ditaati..aku sedikit kagum..susah nak jumpa kedai makanan sekitar Kota Bharu ini akan dibuka sebelum waktu tersebut (bukan sebab aku cari)..bahkan, premis makanan segera yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu pun akan dibuka selepas waktu itu..

Letih aku rasa nak tulis lagi..aku pun tak tau..kenapa mesti ada stigma..puasa hari pertama pasti meletihkan..yang kemudian, pasti akan alah bisa tegal biasa..aku ada entry lain yang sedang ku usahakan..nantila..pastinya ia akan muncul..sekali lagi aku ingatkan hutang aku pada blog cabuk ni..