Sunday, September 14, 2008

Aku dan Pulau


Lama juga aku tunggu terbitnya cerita aku mengenai trip ke Pulau Perhentian ini..sebelum aku boleh merepek di blog cabuk ini mengenai trip aku ke sana..akhirnya semalam 'tubek' (keluar) juga..meskipun apa yang tersiar itu jauh daripada perancangan aku sendiri ekoran memenuhi tuntutan 'bos' tapi aku tetap berpuas hati dengan hasilnya..

Kalau ikutkan, aku sendiri tak pernah pergi ke sini..tiba-tiba pula dapat tawaran..dah la last-last minute..rakan sekerja aku, Khairi Mohamad demam teruk pulak..walhal dia yang heboh sangat nak pergi..memang kerja gila..kebetulan ketika itu keadaan agak tidak mengizinkan tapi nak buat macam mana, demi tugas, sesiapa harus faham akan tuntutan 'amanahnya'..

Kau kena pergi scuba diving! Kecut perut aku dengar ayat yang berupa arahan ini. Memandang ini adalah pengalaman yang jarang dirasai, agak ragu-ragu juga aku untuk me nerima pelawaan yang dibuat oleh syarikat korporat, Panasonic ini menyertai penyelaman dasar laut di Pulau Perhentian.
Pelawaan ini merupakan julung-julung kali dibuat oleh sya rikat korporat ini yang cukup aktif dalam menjalankan aktiviti pemuliharaan hidupan marin. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pihak media hanya datang semata-mata untuk melihat apa yang dilakukan oleh mereka (Panasonic) dan kemudian menulis, pendekatan kali ini cukup berbeza dengan mengajak 15 war tawan media cetak dan elektronik untuk turut sama melakukan penyelaman dasar laut.

Penyelaman dasar laut atau lebih dikenali sebagi ‘scuba diving’ bukan sesuatu perkara yang mudah serta boleh di pandang enteng. Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang itu perlu mempunyai lesen daripada badan yang diiktiraf seperti Profesional Association Of Diving Instructors (PADI) atau sebagainya dengan perlu menerima latihan daripada jurulatih selam bertauliah. Tersilap langkah, padah mungkin menanti.Selama empat hari tiga malam, aku bertapa bersama jurugambar, Hafiz Johari serta rakan-rakan media yang lain bagi merasai nikmatnya penyelaman dasar laut dengan ma sing-masing diberi tunjuk ajar oleh jurulatih latih selam da ripada Universal Divers dan Trigger Divers yang diketuai oleh Feuzi Dikici serta Janson Gan Jitseong. Rasa cukup bertuah meskipun tanpa lesen, boleh juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti penyelaman dasar laut.Pada hari pertama aku didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai peralatan menyelam selain kepentingan ber kaitan silinder udara, pakaian dan sebagainya. Kemudian, tiba peringkat seterusnya iaitu praktikal di laut. Saat ini merupakan detik yang cukup bersejarah bagi aku apabila tubuh ini ‘disarungkan’ dengan peralatan menyelam scuba. Memandang kan di dalam air nanti pastinya sesiapa pun tidak boleh bercakap, diajar bahasa isyarat bagi memudahkan pergerakan menyelam kelak.

Bernafas di dalam air menggunakan bantuan tabung gas oksigen rasa cukup tidak selesa sehingga Hafiz mula putus asa untuk meneruskan latihan. Kata Hafiz, masalah resdung yang dihidapinya membuatkan dia mudah untuk bersin di dalam air namun atas nasihat bernas daripada Janson, masalah itu berjaya diatasi.

Sampai masanya, aku bersama yang lain dibawa menyelam ke dasar laut di Teluk Kekek dan Taman Marin sedalam lapan meter bagi menikmati panorama dan keindahan khazanah laut yang penuh dengan misteri. Di sini juga terletak 15 tukun tiruan yang ditanam oleh Panasonic sejak tiga tahun lalu bersama-sama ratusan hidupan marin terdiri daripada terumbu karang serta pelbagai spesies ikan yang menjadi harta karun kekal di sini.
Aku juga bertuah apabila bertembung dengan seekor jerung ketika sedang asyik menikmati alam marin di situ. Mujur teringat kata seorang jurulatih selam, Chu San, jerung akan menjauhi penyelam apabila bertemu sesama sendiri.

Pemandangan itu membuat aku lupa akan kesakitan mula menerjah telinga dan hidung akibat tekanan udara menjadi rendah. Kedua-dua masalah ini merupakan perkara biasa bagi penyelam. Mereka perlu tenang serta bijak untuk meneutralkan semula kandungan udara dengan teknik ‘menelan air liur’ bagi menghilangkan kesakitan itu. Setiap perbezaan tahap keda laman air, para penyelam perlu melakukan ‘tugas’ ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Jika ia berterusan tanpa diberi perhatian, penyelam mungkin boleh menjadi pe kak.

Ada juga rakan-rakan media lain kurang bernasib baik apabila menghadapi pendarahan hidung, namun ia tidak serius bagi membantutkan keazaman mereka untuk menyertai penyelaman pada keesokan hari.

Memasuki hari kedua, aktiviti yang dirancang oleh Panasonic bersama Trexx Tarvel bersempena Hari Pemuliharaan Marin 2008 dan mendapat sokongan daripada Jabatan Taman Laut (JTL), rakan media bersama-sama menyelam ke dasar laut untuk melabuhkan 24 tukun tiruan berbentuk piramid ber ukuran 6.1 meter di Taman Marin.

Turut serta ialah Penolong Pengurus Besar Penjenamaan dan Komunikasi Korporat Panasonic, Azizah Wahid yang sudah berkecimpung sebagai penyelam sejak 1997 lagi. Selain itu, JTL diwakil oleh pegawainya, Mohd. Nizam Ismail manakala Trexx Travel pula diketuai oleh Pengarah Urusannya, Raja Zarina Raja Sallehudin dan Pengurusnya, Ahmad Feisal Mohd. Zulkifli.

Tukun tiruan ini melengkap koleksi tukun di taman terumbu karang mereka sendiri yang kini berjumlah 62 buah. Sebelum ini, pada tahun 2005, Azizah memberitahu, Panasonic telah menanam 10 tukun tiruan di Teluh Pauh yang kemudiannya dialihkan ke Teluk Kekek pada 2006 bersama tambahan 10 tukun tiruan yang baru. Ia disusuli pada 2007 apabila sebanyak 13 tukun tiruan yang baru ditanam.

Dengan visi ‘Laut Kita, Tanggungjawab Kita’ program me nanam tukun ini yang merupakan aktiviti tahunan Panasonic yang diharap dapat membantu pembiakan terumbu karang yang kian pupus ekoran pembangunan pesat dan pencemaran zalim.

Program itu tidak berhenti setakat itu saja bahkan ra kan-rakan media diajak bersama-sama mengutip sampah yang terapung mahupun tenggelam di dasar laut sekitar Pulau ini dan Pulau Redang sebagai memastikan kesinambungan keindahan hidupan sini terus terpelihara.

Penghargaan perlu diberikan kepada Panasonic yang bijak memilih aktiviti marin sebagai tumpuan bagi merealisasikan tanggungjawab sosial korporat mereka apabila melihat te rumbu-terumbu karang mula membiak di sekeliling tukun tiruan yang ditanam.

“Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat. Takut juga satu hari nanti, langsung tiada terumbu karang di sekitar pulau-pulau di sini, jadi tak guna kalau kerajaan wartakan sebagai taman laut negara,” ujar Azizah yang berharap satu hari nanti, melalui aktiviti ini generasi muda akan berpeluang untuk melihat sendiri keindahan dasar laut yang penuh dengan spesies terumbu karang yang mempesonakan.

No comments: