Friday, September 5, 2008

Aku dan Minta Maaf

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan tertinggi UMNO di Pulau Pinang mengenai satu kaum ini..aku mulanya macam malas nak amik port..sampai peringkat ada orang menuntut individu ini meminta maaf..Aku terfikir, wajar ke individu ini membuat kenyataan maaf atas kepetahannya mengeluarkan ayat tersebut..
Aku pelik bila jadi macam ni, orang akan keluarkan macam-macam kenyataan..suruh mintak maaf..tarik balik kenyataan itu..walhal, bila difikirkan balik, apa yang individu ini cakap, ada betulnya..memang fakta..cuma, orang sasaran tidak dapat menerima kebenarannya..

Sebenarnya aku simpati dengan umat yang menuntut respon maaf ini..hakikatnya, mereka ibarat makan mempelam muda, terasa pahitnya..susah bagi mereka untuk menerima kepahitan itu..lebih-lebih lagi ia dinyatakan secara terang-terangan.sebaliknya mereka lebih suka kebenaran itu terpendam tanpa menjadi sebarang persepsi..kononnya, mereka sedar siapa mereka, biarlah mereka sendiri yang tau..tanpa perlu orang lain tegur..sedih aku..

Mula kompang dipalu..palumpang,palumpang,palumpang.heboh sana sini.macam dunia nak kiamat.Lantang sungguh menyuruh meminta maaf...Kenapa perlu ia dibuat, apa kepentingan maaf itu dibuat..apa betul yang dibuat itu salah sehingga perlu meminta maaf..sedang aku belek paper Utusan Malaysia hari ini (5 Sept 08), mata aku tertumpu pada satu berita yang aku rasa menarik..sewajarnya kenyataan ini ditonjolkan dengan sebaik mungkin..bagi membuka mata semua orang..

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
''Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
''Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut," katanya.



Aku secara jujurnya suka baca berita ini...aku turut bersetuju dengan kenyataan ini..aku suka akan berita..ingin aku tegaskan, aku memandang isu ini dari sudut berbeza..jauh sekali daripada yang nampak tersurat..bukan niat aku membakar api yang kini sedang marak..aku mahu tersenyum apabila ada orang yang nampaknya sependapat dengan ku dari satu sudut idea..

manlukeman: aku tetap hormat Tun Dr. M