Saturday, August 9, 2008

Aku dan Bola Sepak


Memetik cakap-cakap orang yang biasa kedengaran..Bola Sepak adalah bahasa dunia..apabila ia tiba, semua orang akan bercakap mengenainya..aku turut angguk kepala..angkat tangan..tanda menyokong..sebab aku pun gila dengan permainan ini...disebab bola sepak ini, orang asing jadi kawan..musuh jadi kawan..kawan sendiri pun boleh jadi musuh..


Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal permainan, aku cerita pasal dua kejadian yang modus operandi yang sama, terjadinya ketika aku bermain permainan ini..


Alkisah, aku bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sepakat memilih malam ISNIN, setiap minggu, sebagai hari untuk menunjuk bakat masing-masing dalam Futsal..tepat jam 9 malam, setiap pemain perlu menampakkan kaki, tangan dan tubuh badan di tempat yang ditetapkan..cukup orang (10 orang), maka berlangsung la permainan yang kebiasaannya diiringi dengan hilai tawa..


Nak jadikan cerita, pada kejadian yang sama, dalam keseronokan aku sibuk menahan gelak sambil mengelecek bola, tanpa disedari rupa-rupanya telefon bimbit (HP) aku berbunyi, tanda ada panggilan masuk..ketika itu waktu menunjukkan jam 9.30 malam..apabila habis bermain, tengok HP berderet pemberitahuan 'panggilan tidak berjawab (miss call la)..ada 15 miss call..aku tengok nombor..aku kenal akan nombor itu..kebetulan..2 rakan syarikat turut mendapat panggilan yang sama yang tidak berjawab..20 miss call..gila apa...sedang sibuk aku berborak melepas penat lelah, HP berbunyi lagi..nombor yang sama..lantas aku menjawab dengan panjang lebar..perbualan berlaku seperti suami nak cover line sebab kantoi pergi dangdut..selepas panggilan itu tamat, secara tak sedar aku call ada mamat ni, puas la aku maki hamun..ada sebabnya..


Kejadian yang sama turut berulang lagi seminggu lalu...cuma yang agak berbeza aku menerima MEMO pada keesokan harinya yang berbunyi seperti..


LUKMAN, ******.SAYA tidak tahu mengapa panggilan daripada saya ke telefon bimbit saudara berdua pukul 9.50 malam tadi tidak dijawab. Berulang kali dihubungi tetapi masih tidak dijawab.Terutama sekali saudara Lukman kerana ada soalan penting mengenai story saudara yang perlu penjelasan segera.DIHARAP PERBUATAN SEPERTI INI TIDAK BERLAKU LAGI KERANA IA MENJEJASKAN TUGAS SAYA DAN MENUNJUKKAN KELEMAHAN SAUDARA.JIKA PERBUATAN INI MASIH BERLAKU JUGA SELEPAS INI, SAYA TERPAKSA AMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.TOLONG BERI KERJASAMA SAUDARA KERANA SELAMA INI SAYA LEBIH BANYAK DIAM DARIPADA BERSUARA.DARIPADA *****.


Lantas aku membalas MEMO itu dengan menjawab seperti di bawah..


DARI Luqman Hakim Ab. Rahim
TERLEBIH dahulu saya dan **** memohon maaf atas kesilapan untuk tidak menjawab panggilan tersebut pada malam semalam. Kami akui itu merupakan kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.
UNTUK pengetahuan En. ****, kegagalan itu berpunca saya sedang bermain futsal bersama rakan media yang lain pada tepat jam pukul 9.30 sehingga 11.30 malam (termasuk ****).
Ia merupakan aktiviti mingguan rakan-rakan media di sini yang hanya dibuat pada setiap malam Isnin (sekali dalam seminggu), namun pertimbangan untuk membatalkannya akan dibuat berdasarkan terdapatnya tugasan penting yang mengejut.
SAYA menyedari terdapat dua panggilan yang tidak terjawab (9.37 malam) sejurus permainan futsal itu tamat namun tidak mengetahui panggilan itu dibuat oleh En. **** sendiri.
Sekali lagi saya memohon maaf atas kealpaan tersebut dan berjanji untuk tidak mengulanginya semula.
Harap maklum, sekian, terima kasih.



Rasa-rasa dengan sopan tak aku menjawab memo ini..aku cuba tak nak bersikap kurang ajar..ada lagi aku nak tulis..antaranya..tak kan En **** nak suruh saya gantung HP saya kat leher sepanjang saya main futsal..


Malu aku tengok sikap sesetengah orang macam ni..nak kata aku salah, aku buat benda ni selepas aku habis waktu kerja..walaupun kerja aku ni sebenarnya tak menentu masa tapi dengan kebijaksanaan pelaksananya (aku dan orang-orang ***** ni), segalanya boleh diuruskan..yang peliknya, segala apa yang dia nak dengan menelefon aku tu, boleh dibuat lebih awal lagi...hairan aku kenapa sampai agak lewat malam baru dia nak call..


Geleng kepala aku tarik nafas panjang..


No comments: