Thursday, August 14, 2008

Aku dan Hiburan

Kenapa orang suka sangat dengan cerita dunia Hiburan..cerita pasal artis..pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak, pengarah filem, produser drama, pak pacak..ada cerita pasal skandal, gaduh, tangkap khalwat, kena gam, bercerai...macam-macam cerita la.. Terfikir juga apa yang kita boleh ajar masyarakat dengan cerita-cerita ni..mungkin ada yang boleh dijadikan teladan tapi berbalik kepada agama..tak elok sebenarnya kalau kita aibkan orang..nak bercerita pasal keburukan orang..lebih-lebih lagi secara terbuka..Orang tua aku ada pesan...jangan tulis pasal Hiburan..habis cerita 'dalam kain' orang nak kasi semua orang tau..kalau tak, elok berhenti kerja...tapi..punyala aku nak mengelak, kena jugak..aku pun tak suka sebenarnya..nasib baik kebetulan masa aku kena buat, takde la sampai nak cerita seperti apa yang orang tua aku cakap..

inilah antara inipati cerita aku..

Mohd. Firdaus Abd. Halim atau dikenali sebagai Fiq, peserta akhir Mentor 2 menjadi pilihan rakan-rakan artis yang lebih senior dalam industri seni untuk bergelar juara dalam rancangan realiti itu.
Berbanding dengan peserta yang lain, Fiq dilihat lebih menonjol dan menyerlah dalam pelbagai aspek termasuk ke mantapan vokal dan persembahan yang menyakinkan.
Ajai yang bertindak sebagai juri pada malam itu memilih Fiq kerana mempunyai karisma sebagai seorang penghibur di samping bijak dalam menampilkan gaya dalam setiap per sembahannya.
"Saya gelar Fiq sebagai rocker yang bijak (intelligent rocker) kerana mampu membawa nafas baru dalam muzik itu dengan lebih baik. Tidak mustahil suatu hari nanti, dia akan menjadi seorang ikon dalam muzik rock jika dapat memberi komitmen yang terbaik," ujarnya ketika dihubungi aku.
Selain Fiq, peserta lain yang bertanding pada malam itu ialah Nuriylia Zailani (Nieyl) dan Siti Khatijah Hassan (Kat) yang akan berentap untuk penentuan juara di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad ini.
Kedua-dua saingan Fiq ini juga mampu menjanjikan per saingan yang sengit kerana masing-masing mempunyai ke kuatan yang tersendiri. Nieyl dengan kekuatan vokalnya ma nakala Kat cukup yakin dalam persembahannya.
Penyanyi rock, Awie juga sependapat dengan Ajai dengan menyatakan penampilan peserta itu mampu menarik lebih ramai peminat untuk mengundinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Saya percaya ramai peminat rock akan mengundinya kerana Fiq dapat menjiwai muzik aliran itu dengan baik dalam per sembahannya yang ditampilkan," katanya.
Sementara itu, bekas mentor salah seorang peserta pada musim lepas, Nora memilih Fiq berdasarkan pakej ‘sempurna’ yang ada pada peserta itu.
"Vokalnya yang baik dengan penampilan yang menarik pasti memenuhi cita rasa peminat zaman ini," ujarnya.
Keputusan akhir akan diadili oleh Ketua Juri, Zainal Abidin Hassan bersama Syafinaz, Ajai, Adnan Abu Hassan dan Manan Ngah mewakili separuh daripada undian yang dibuat oleh penonton melalui SMS.
Manlukeman: pertama dan terakhir aku buat cerita macam ni...selamat

No comments: