Wednesday, October 22, 2008

Aku dan Dewan

Dewan yang mulia..dewan yang berdarjat..dewan yang tinggi..dewan yang suci..dewan yang bersih..dewan yang bahagia..dewan yang roboh..ooppsss..

macam-macam gelaran orang bagi untuk dewan-dewan yang menempatkan ahli-ahli YB kita..dewan undangan negeri..dewan parlimen...di dewan inilah segala permasalahan dibincangkan..segala fasal undang-undangan diwujudkan..tak kurang juga sejak kebelakangan ini menjadi gelanggang bertegang leher, bercekak pinggang..

Melihat apa yang dipaparkan di kaca TV sepanjang dewan bersidang, pasti mengundang pelbagai telahan yang berbeza..atau mungkin sama..inikah ahli-ahli YB yang dipilih melalui tangan majoriti..alahai..

Cukup semalam dengan paparan ketidakmatangan beberapa ahli dewan yang membelakangkan kuasa Speaker Dewan, sekadar ingin berkongsi peristiwa di tempat aku pula..

Bayangkan, sampai parabola ASTRO atau orang kampung panggil piring, tak pun kuali besar nak buat gulai kawah ni turut dibawa ke dalam dewan untuk perbincangan..tepuk dahi la aku..ketawa guling-guling bila dengar soalan ini naik...sekali nafas je ada ahli YB jawab.." itu kena tanya ASTRO sendiri..

Sejauh mana kematangan ahli YB mengutarakan, membincangkan, menyelesaikan suatu permasalahan..ini yang menjadi persoalan..selain menjadikan dewan yang mulia sebagai satu gelanggang debat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat..

Halwa telinga ini juga cukup tertarik dengan ucapan perbahasan titah Sultan berdaulat negeri Cik Siti Wan Kembang ini oleh seorang ahli YB di sini...CARI PERSAMAAN, BUKAN PERBEZAAN..kenyataan ayat yang cukup tepat merujuk kepada situasi ketika ini..
"Kita orang politik mempunyai matlamat yang sama, untuk bangunkan umat, cuma yang membezakan kita adalah pendekatan, saya mencari persamaan, bukan perbezaan, jangan prasangka buruk sesama kita sebab itu bukan ajaran Islam..

Kredibilitinya sebagai seorang pemimpin nampak terserlah..mungkin niatnya jujur..

5 comments:

wanfai said...

YB tu marah piring astro rumah dia rosak... tak dapatlah nak tgk sehati berdansa kat astro ria... kesian...

manlukeman said...

aku pun igt cmtula..

Azran Fitri Rahim said...

aku rasa yb tu ketagih nak training berdansa ngan bini dia tak pun frust tak leh tengok high school musical

ondscene said...

di orang tu berlakon je brkelahi, begaduh kat dlm dewan tu.
kat cafe, siap minum secawan, makan sepinggan mcam tak de apa-papun blaku...

mcm budak2pun ada perangai sebahagian mereka tu...

tapi, kalu piring astro tu meletup masa dia org bwk dlm keta, sure aku dah sampai nak ambik gamba...!!!

Anonymous said...

hahahaaa...tak sekolah punya yb.