Saturday, October 11, 2008

Aku dah Anugerah

Seorang pelakon Bollywood menerima kurniaan Datuk daripada sebuah kerajaan negeri di sini..bagaimanapun pelakon itu tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis itu..

Hairan aku..dalam semua orang tahu peel pelakon dari negara itu yang cukup menyombong bila datang ke sini, ada juga yang mahu memberi penghargaan kepada mereka..aku pasti ada yang mengeluh, mencebik muka, tak kurang juga ada orang dari negeri itu akan menyumpah seranah panjang..jangan main-main, orang negeri ini cukup lantang berkata-kata..darah yang mengalir dalam badan ini juga berasal dari sana..

Aku mula mahu menjadi seperti orang lain..yang suka MENGHITUNG JASA...terfikir balik apa la jasa yang dibuat oleh pelakon ini sehingga mendapat pengiktirafan sedemikian rupa..mungkin ada tapi aku LUPA..takut dengan penghargaan sedemikian, si pelakon mungkin boleh jadi KADUK NAIK JUNJUNG..maklumla, konon dapat 'pas' dari negara ini..

mnalukeman: Aku kagum dengan Hang Jebat..Aku sanjung Hang Tuah

1 comment:

wanfai said...

aku lagi x setuju gelaran datuk bagi kat nicole david dgn chong wei... besar sangat ke sumbangan pada negara? setakat menang piala tapi rakyat kat kampung tetap tak terbela nak buat apa...

si nicole ni cakap melayu pun tak pandai!

si chong wei tu apa sumbangan pada negara? pernah menang all england ke? thomas cup? world cup?