Wednesday, October 29, 2008

Aku dan Wordpress

Saat entry ini dimasukkan, aku sudah berpindah ke wordpress..segala apa yang aku merepek, akan dipaparkan di situ kelak..klik saja pada link di bawah..aku bermula semula dari bawah

manlukeman.wordpress.com

Wednesday, October 22, 2008

Aku dan Dewan

Dewan yang mulia..dewan yang berdarjat..dewan yang tinggi..dewan yang suci..dewan yang bersih..dewan yang bahagia..dewan yang roboh..ooppsss..

macam-macam gelaran orang bagi untuk dewan-dewan yang menempatkan ahli-ahli YB kita..dewan undangan negeri..dewan parlimen...di dewan inilah segala permasalahan dibincangkan..segala fasal undang-undangan diwujudkan..tak kurang juga sejak kebelakangan ini menjadi gelanggang bertegang leher, bercekak pinggang..

Melihat apa yang dipaparkan di kaca TV sepanjang dewan bersidang, pasti mengundang pelbagai telahan yang berbeza..atau mungkin sama..inikah ahli-ahli YB yang dipilih melalui tangan majoriti..alahai..

Cukup semalam dengan paparan ketidakmatangan beberapa ahli dewan yang membelakangkan kuasa Speaker Dewan, sekadar ingin berkongsi peristiwa di tempat aku pula..

Bayangkan, sampai parabola ASTRO atau orang kampung panggil piring, tak pun kuali besar nak buat gulai kawah ni turut dibawa ke dalam dewan untuk perbincangan..tepuk dahi la aku..ketawa guling-guling bila dengar soalan ini naik...sekali nafas je ada ahli YB jawab.." itu kena tanya ASTRO sendiri..

Sejauh mana kematangan ahli YB mengutarakan, membincangkan, menyelesaikan suatu permasalahan..ini yang menjadi persoalan..selain menjadikan dewan yang mulia sebagai satu gelanggang debat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat..

Halwa telinga ini juga cukup tertarik dengan ucapan perbahasan titah Sultan berdaulat negeri Cik Siti Wan Kembang ini oleh seorang ahli YB di sini...CARI PERSAMAAN, BUKAN PERBEZAAN..kenyataan ayat yang cukup tepat merujuk kepada situasi ketika ini..
"Kita orang politik mempunyai matlamat yang sama, untuk bangunkan umat, cuma yang membezakan kita adalah pendekatan, saya mencari persamaan, bukan perbezaan, jangan prasangka buruk sesama kita sebab itu bukan ajaran Islam..

Kredibilitinya sebagai seorang pemimpin nampak terserlah..mungkin niatnya jujur..

Monday, October 20, 2008

Aku dan 5 Hari


Banyak yang berlaku dalam tempoh 5 hari yang lepas..macam-macam isi cerita yang diterbit..macam-macam warna..macam-macam tempo ye..sampai tak tahu mana satu yang menarikuntuk disebut-sebutkan..

Kepada yang layak, tahniah..teruskan berjuang..pastikan 'kantung' itu tidak kering..kepada yang ditolak, jangan sedih hati..mungkin kerana 'baju' lari daripada 'ukuran' badan..lain kali, pastikan ukuran itu tepat..

Tahniah juga pada Datuk Nicol David..nyata pangkat bukan bisa membuat anda 'alpa'..tahniah juga pada si pemandu teksi..'darjat' anda bukan penyebab untuk anda kebelakang..
Kepada yang menegur, terima kasih atas teguran anda..mungkin ada sebab anda 'berbunyi''..terpulang pada intepretasi semua orang untuk menafsirkan..

Takziah kepada semua keluarga yang terlibat dengan kematian..sesungguhnya jenayah itu memang semakin berani..tidak tahu mana silapnya..

Wednesday, October 15, 2008

Aku dan Lirik ini

Masih belum sempurna…Bismillahirrahmanirrahim…

Gerakkan hati,Hati gerakkan
Pandanglah aku,Akulah dia

Kulitku tebal,Ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang,Hidup tak pernah lenang
Ku skizoparanory,Takut pecah tembelang

Pecah tembelang,Pekak dah hilang
Bangau dah pulang,Suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku,Teman baikku buku
Bini ku pena,Tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati,Pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Taklah segarang,Takat meradang
Tanya panggil dengan apa barang
Badan macam badang main acap belakang parang
Hunuskan keris,Musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat,Tujuh baris penamat
Baik berpada,Biar jahat asal selamat

(Ramai saudaraku yang baik telah dipijak)

Awan mendung yang berarak,Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul,Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat,Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan,Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi,Positif yang bercecari inspirasi pagi
Peduli itu kekasih basi,Pekakkan sebelah halang ia keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa,Testosteron testa rossa
Cita-cita sosa,KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan,Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan,Gagal merancang merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak,Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul,Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat,Lebur disisimu
Kucing bawak tidur,Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang,Bawak otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat,Dengar tiga meow
Kucing bawak tidur,Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau
Tolak pintu buah,Tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
Kura-kura salah jawab pantun naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak,Datuk pegung turun,
Tiga ular ikut
Lompat atau paut,Kalau lari mati
Jika belot maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hatimu hatimu puisi
Palu hatiku palu hatiku

Kulit tak bersalin walau salin ganti baju
Pandang sini pandang sini skop berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna…

manlukeman: aku suka dengar single terbaru dari Malique (Too Fhat) setelah mendiamkan diri beberapa tahun..kolobrasi dengan sifu M.Nasir memang mantap..ini pendapat aku..
Dikemaskan dengan lirik yang penuh dengan makna, buat aku suka lagu ini..

Tuesday, October 14, 2008

Aku dan Dunia ...Sah Dah Terbalik

Pengakuan Anak Ulama

Seorang penai separuh bogel, Yasmin Fostok menyelar bapanya yang juga seorang ulama terkenal, Omar Bakri berhubung pandang tegasnya.

Yasmin juga seorang ibu tunggal mendedahkan bahawa dia tidak menghiraukan apa pandangan bapanya berhubung pekerjaannya yang dianggap tidak bermoral itu.

Gadis cantik berambut perang ini berkata, dia tidak menderhaka kepada bapanya itu yang kini berada di Beirut selepas diusri dari Britain.

"Saya tidak melakukan kesalahan yang memalukan. Saya dijadikan sasaran kerana bapa saya dan itu sungguh tidak adil kerana dia sudah tiada di negara ini.

"Saya tidak sependapat dengan apa yang diperkatakan oleh bapa dan saya juga sudah beberapa tahun tidak bercakap dengannya," katanya.

Yasmin, 27, mula mendapat perhatian selepas media di Britain mendedahkan bahawa dia adalah anak kepada Omar iaiatu seorang penceramah yang lantang membidas Barat dan pandangan keras terhadap wanita.

Omar pernah mencetuskan kontrobersi apabila melabelkan penyerang yang menyerang AS pada 11 September 01 sebagai mati syahid.

Sebelum ini Yasmin mengaku dia pernah melakukan tarian bogel dan mendedahkan payu dara di lokasi bersesuaian tetapi tidak suka memberitahu orang lain mengenai pekerjaannya itu.

manlukeman: memang dunia dah terbalik..aku tak hairan kalau ada anak tokoh agama, ustaz, haji, ulamak, mufti atau yang samwa waktunya dengannya yang buat jahat..aku sendiri ada berkawan dengan anak mufti yang 'kaki rempit' dengan aku pada satu ketika dulu...benda ini lumrah alam..dalam setandan pisang, bukan semuanya elok..

Tapi yang ini pelik..siap boleh marah bapa yang menegur mengenai pekerjaan yang dibuat..tak pula MENGAKU SILAP..cuba MENGALIH TEKANAN kesilapan sendiri pada orang lain..masih lagi TAK SEDAR..kashian aku tengok..tak takut API NERAKA agaknya..

Dunia memang sah terbalik..

Sunday, October 12, 2008

Aku dan By Line

Entry ini aku dedikasikan kepada rakan sebidang dengan aku dari sebuah akhbar 'mainstream'..panjang aku dengar dia mengeluh mengenai 'byline' dia takde dalam story yang dibuat olehnya, cuma ada byline orang lain yang hanya duduk di pejabat di HQ sana (tu pun jr dari dia)..

Perkara ini memang kerap berlaku..lebih-lebih lagi melibatkan berita yang dirangkumkan daripada semua state..bila keluar, hanya satu nama yang tertera, walhal ia turut melibatkan 'otak-otak' yang ramai..macam terlepas pandang..kalau tak nak letak byline, elok biar tak bubuh nama sesiapa terus..

Kalau diikutkan, inilah serendah-rendah penghargaan kepada orang yang bertanggungjawab dalam menulis story itu..Keadilan itu perlu apabila individu terlibat bertungkus lumus memerah otak membuat satu-satu story itu..

Bagi rakan aku ini, dia bukan kemaruk sangat by line tuh..dah kerja bertahun-tahun, dah tak terkira sangat berapa kali nama keluar surat khabar..yang muka depan pun ada..kesian juga aku dengar cerita dia..alahai..

manlukeman: aku menulis bukan kerana nama

Saturday, October 11, 2008

Aku dah Anugerah

Seorang pelakon Bollywood menerima kurniaan Datuk daripada sebuah kerajaan negeri di sini..bagaimanapun pelakon itu tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis itu..

Hairan aku..dalam semua orang tahu peel pelakon dari negara itu yang cukup menyombong bila datang ke sini, ada juga yang mahu memberi penghargaan kepada mereka..aku pasti ada yang mengeluh, mencebik muka, tak kurang juga ada orang dari negeri itu akan menyumpah seranah panjang..jangan main-main, orang negeri ini cukup lantang berkata-kata..darah yang mengalir dalam badan ini juga berasal dari sana..

Aku mula mahu menjadi seperti orang lain..yang suka MENGHITUNG JASA...terfikir balik apa la jasa yang dibuat oleh pelakon ini sehingga mendapat pengiktirafan sedemikian rupa..mungkin ada tapi aku LUPA..takut dengan penghargaan sedemikian, si pelakon mungkin boleh jadi KADUK NAIK JUNJUNG..maklumla, konon dapat 'pas' dari negara ini..

mnalukeman: Aku kagum dengan Hang Jebat..Aku sanjung Hang Tuah